Cerita lama yang disiarkan semula kerana ada pihak atau blogger-blogger Pro UMNO yang begitu bodoh menggunakan apa yang ditulis Utusan hari ini di SINI untuk menyerang Pakatan Rakyat terutamanya DAP..
Oleh Ghafani Awang Teh
Berita Harian, March 1, 2008
PELANCONGAN keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat. Banyak negara sudah melancarkan kempen tahun melawat di negara masing-masing turut mempromosikan pusat keagamaan sebagai destinasi pelancongan.
Malaysia turut mengambil langkah sama, tetapi tidak dinafikan usaha itu terutama menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan menjadi isu negatif di kalangan masyarakat yang beranggapan kedatangan pelancong terutama bukan beragama Islam boleh menjejaskan kesucian masjid yang menjadi rumah Allah.
Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan
pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)
Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid.
Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.”
Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu.
Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat.
Dari aspek pelancongan, kita dapati Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia. Pada musim haji sahaja kira-kira 3 juta umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah.
Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun. Perbelanjaan besar umat Islam itu memberi peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Arab Saudi.
Walaupun masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita tidak sehebat di Arab Saudi, tetapi ia berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahi masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita.
Berdasarkan pemerhatian, perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.
Bagi umat Islam, daya tarikan ini kelihatan perkara biasa, tetapi bagi orang bukan Islam adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam kerana nyata suasana ketenangan rumah Allah itu berbeza dengan suasana rumah ibadat agama lain.
Di sebalik kecenderungan besar pelancong bukan Islam terhadap produk pelancongan berasaskan keagamaan ini, maka sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan memperluaskan pengetahuan mengenai Islam melalui pelancongan.
Bagaimanapun bukan mudah untuk menarik pelancong datang menziarahi masjid kecuali pihak pengurusan masjid mampu mengambil langkah tertentu seperti menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, persekitaran bersih dan ceria serta kemudahan tandas selesa.
Begitu juga fungsi dalaman masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, menjalankan promosi luas kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan pemandu pelancong selain menyediakan ruangan pameran serta galeri.
Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.
Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.
Selari dengan usaha memakmurkan masjid ini, maka marilah kita merenungi firman Allah bermaksud: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka yang memakmurkan masjid itu mendapat hidayah daripada Allah.” (Surah at-Taubah, ayat 18)
Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tarikh : 23 April 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan
PR ....pandai-pandailah bawa diri.Apapun memang tak manis dipandang mmata.......
ReplyDeleteUmno di nasihatkan tak payah nk jadi JUARA ISLAM lah pulak, selepas JUARA RAKYAT dah tak laku...(dah nak hilang kuasa baru nk jadi Juara Rakyat)
ReplyDeleteKalau JUDI Umno HALALKAN kt Malaysia ni...melawan HUKUM ALLAH TERANG-TERANG DAN NYATA...
LEPAS tu NAK JADI JUARA ISLAM pulak! TAK MALU KE???
YG BUNUH DIRI DAN TEMBAK ORG MATI TU bukan ke org2 Umno??? Apa hukum bunuh diri wahai Umno yg jahil tak nak belajar tapi suka ambil kesempatan apa saja yg terhidang hanya untuk kuasa politik...
Jangan berperangai mcm Yahudi dan Nasrani wahai Umno, menggunakan agama untuk kepentingan kuasa/merompak kekayaan dunia...(bercakap lain, amal lain)
Org2 Kristian penjajah menjaja agama kristian utnuk di sebarkan kpd org2 Asia dan Afrika semata2 untuk mendapatkan kekayaan tanah jajahan, sedangkan penjajah ini sedikitpon tidak mengamalkan kristian sebaliknya menjarah/merompak harta org...
Umno yg sebenarnya bertopengkan agama...buktinya kata pejuang Islam/Melayu tapi halalkan judi! Bila berada bersama MCA, Umno halalkan semua arak, judi, maksiat...tetapi bila berada bersama org2 Islam di kampung/surau/ Felda dlm suratkhabar Utusan Meloya/Berita Haruan bercakap pasal agama Islam berdegar2...
PENIPU BESAR DI AKHIR ZAMAN...
(org2 Cina tahu Umnolah yg menzalimi org2 Islam PAS sejak dulu kini dan selama2nya walaupun sesama bangsa/agama tetapi Umno buat semata2 untuk kuasa dan menunjukkan pd MCA bahawa Umno setia pada janji sbg parti komponen..., bila Umno dah tak sedar diri-sindrom penafian, tak mahu berubah dan lemah maka Mca akan meninggalkan Umno, "sorilah Umno...lu menganiaya bangsa lu sendiri, maka tak perlu gua percaya pd lu...kata Mca hahaha)
Kau pun sama bodoh....kalau dah ada banyak ilmu agama mengapa kau taknak cuba damaikan dia org....Ini tidak nampak sangat kau ni menyebelah sebelah pihak jer......Sekarang ni ramai orang mampu bercakap dan tulis blog tapi tak ramai yg layak untuk menyampaikan suruhan agama sebab UMNO atau PAS dua2 dah jadi hamba politik setan....ke guane gamok gaye?
ReplyDeleteDalam isu org bukan islam msk masjid ni spatutnye kita lihat dr konteks luar dr politik. Ia perlu dilihat dr konsep menanam kefahaman tentng agama Islam kepada masyarakat bkn Islam disamping menyebarkan agama Islam. Jika dilihat dr sudut politik shj mnyebabkn kita berpandangan berat sebelah sedangkn keutamaan utama adlah utk meyebarkan agama Allah. Oleh itu, dlm hal ini ketepikanlh perbezaan fahaman politik. bukan kah itu lebih baik dr kita slg menhina sesama sdara sendiri??
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!