
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.
''Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.
Kata Tun pelabur tiada wang untuk melabur, jadi tidak hairanlah jika pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini jatuh merudum..
Tetapi benarkah apa yang dikatakan oleh Tun itu? Atau sekadar untuk menipu rakyat yang berada dikampung-kampung pendalaman yang bergantung berita dari Utusan yang menyiarkan kenyataan itu dan juga TV3?
Kenyataan Tun itu boleh juga kita lihat sebagai satu usaha untuk menutup kelemahan atau kegagalan pentadbiran Najib dalam membina keyakinan para pelabur asing untuk melabur di Negara ini.
Tun juga seharusnya sedar bahawa rakyat Malaysia ini tidaklah sebodoh Menteri-menteri cabinet yang diterajuinya semasa menjadi Perdana Menteri yang telah di tipu sebanyak dua kali oleh Tun Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.
Rakyat juga bukanlah mempunyai daya berfikir yang lembab dan bodoh seperti Menteri-menteri yang diketuai oleh Tun itu, yang hanya sedar diri mereka ditipu setelah lapan tahun berlalu.. diulang.. lapan tahun, bukannya lapan bulan ataupun lapan hari..
Data-data di bawah membuktikan bahawa alasan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir adalah tidak berasas dan jelas cuba memperbodohkan rakyat.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.
Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD4, 877 juta berbanding USD9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD8, 570 juta pada 2008 kepada USD5, 957 juta pada 2009.
Singapura yang memperoleh peningkatan sebanyak 32.87 peratus dengan nilai FDI 2009 berjumlah USD16, 256 juta berbanding USD10, 912 juta pada 2008.
Filipina turut mengalami peningkatan, Negara jiran ini mengatasi Malaysia dengan memperolehi USD1, 948 juta pada 2009 berbanding USD1,544 juta pada 2008 dengan kadar peningkatan sebanyak 20.74 peratus.
Kita tidak lupa bahawa FDI Malaysia pada 1998 lebih rendah berbanding Thailand. Kemudian jatuh lagi pada 2005 iaitu lebih rendah dari Indonesia. 2008 FDI lebih rendah dari Vietnam dan tahun ini terus merosot, lebih rendah dari Filipina. Jangan pula selepas ini FDI Malaysia jatuh lebih rendah dari Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar yang secara puratanya di bawah USD500 juta sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Jadi adakah benar dakwaan Tun, pelabur tiada wang untuk melabur?
************************************************
Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur - Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.
''Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.
''Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain,'' katanya.
Beliau yang merupakan Pengerusi The Loaf berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard di Puchong dekat sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki.
Dr. Mahathir mengulas mengenai Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara sejak 15 tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.
Sementara itu, mengenai The Loaf, Dr. Mahathir memberitahu, kedai roti premium berasaskan resipi Jepun itu menerima banyak permohonan untuk memfrancais jenama kedai tersebut termasuk dari Singapura dan Indonesia.
''Memang menjadi hasrat The Loaf untuk memfrancais perniagaan tetapi masanya belum tiba, memandangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan data yang tertentu bagi memastikan ia akan memberi keuntungan mencukupi.
''The Loaf perlu memastikan bahawa jenama ini mampu menarik pelanggan setiap masa dan dapat mencatatkan keuntungan yang maksimum, bagi memastikan setiap kedai francais yang dibuka akan dapat keuntungan sewajarnya,'' katanya.
Beliau memberitahu, usaha untuk memfrancais The Loaf akan dibuat secepat mungkin selepas semua data dan jenama itu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada pelanggan.
Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak rasional untuk The Loaf mengendalikan semua cawangannya dan cara terbaik ialah melalui francais yang dilakukan pada masa yang sesuai.
The Loaf juga akan membuka cawangan kelima di Bangsar sebelum akhir tahun ini.
Utusan Online
mamakkutti, mamakkuti, tak tau lagi nak label apa nama ini, alasan yang tak masuk akal langsung...barangkali mamakkuti ini cheif USA dan Euro kot...tak tahan la perangai mamakutti ni...
ReplyDeleteWang memang ada, tetapi mereka lebih yakin akan mendapat keuntungan di negara lain. Watak Tun disifatkan sebagai musang yang tidak dapat makan anggur dan mengatakan anggur itu masam.
ReplyDeletemalaysia dapat 1.38b
ReplyDeletefilipina dapat 1.95b > malaysia
indonesia dapat 4.8b > malaysia
thailand dapat 5.95b >> malaysia
singapura dapat 16b >>> malaysia
kalau pelabur asing takde duit,
filipina sampai singapura tu takde la dapat jauh lebih banyak dari apa malaysia dapat, mesti la lebihkurang je masing2 dapat sikit jugak macam malaysia!
sebaliknya, ini jelas pelabur asing lebih suka apa yg ada di thailand - singapura,
jauh lebih suka berbanding apa yg ada pada malaysia! simple!
bangang nyanyuk punya mamakanda menteri perdana!
bini rosmah yg guna alasan sama dengan penasihat dia tu pun sama la jugak bangang - cuma belum nyanyuk!
hancur malaysia dibuat depa ni yg tak habis2 buat palat ingat rakyat terutama org kampung tak cerdik (dan senang2 kena kelentong macam menteri2 kena kelentong dek ling liong sick!)
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY
Ini kenyataan yang paling bodoh pernah saya dengar dari Mahathir.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!