Pemuda UMNO Alor Star letak jawatan

Ha... yang ni baru boleh salute.. Depa kata depa nak letak jawatan.. depa letak jawatan! tak payah nak ugut sesiapa pun..

Ala.. ugut Najib macam UMNO Bukit Bendera buat tu.. baca kat SINI.. Depa ingat Najib takut kot kat depa tu?? kah.. kah.. kah..


Pemuda Umno Alor Star letak jawatan

Sebelas ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Alor Setar telah meletak jawatan berkuatkuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan
peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

"Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik," kata Mohd Azreen kepada pemberita.

Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka.

Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri.

Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Bernama

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Alah...Lantik je lah Mat Bangla, Indon jadi Setiausaha,Bendahari atau AJK. Sebelum ni pon UMNO penah upah Mat Bangla untuk pacak bendera dan pelekat poster masa pilihanraya.
    Malaysia ni dah tak ada makna lagi untuk orang Melayu. Nothing to be proud of. Menteri sapu duit, buat sex. Peguam- peguam negara jalin hubungan intim. Anak- anak gadis Melayu buang anak...
    Kat KL, cheras, Kepong bersepah warga asing...illegal immigrants. Yang hitam ada...coklat pon ada. Perempuan2 executive Melayu jadikan Negro atau Pak Itam sebagai kekasih gelap. Memang dah cacamerba sangat bangsa Melayu niih selama 53 tahun pemerintahan UMNO. So what?...Amik saja lah warga- warga asing yang bersepah tu jadi ahli UMNO...kan senang dapat majoriti nak memerintah Malaysia sampai kiamat pun boleh...

    ReplyDelete
  2. setuju dgn komen d atas memang benar pun xde apa yg nak d banggakn dgn m'sia ni dah pendtg tanpa izin pun dah ramai, mat bangla awang hitam dan mcm2 penyakit sosial bertmbh2 cuma yg buta hati dan pencacai tegar aje yg x nmpk

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post