Walaupun berkongsi pendirian yang sama, PAS tidak akan mengajak Pemuda Umno turut sama dalam kempen anti-saman ekor.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebaliknya menempelak pergerakan itu sebagai lembab.
"Pemuda Umno ini lembab.
"Amat malang, orang sudah lama bincang dia baru bersuara," katanya.
Sehubuhan itu, Mahfuz yang juga pengerusi kempen anti saman ekor (KASE) berkata pihaknya tidak perlu mengajak Pemuda Umno turut serta dalam kempennya.
"Tak apalah. Biarlah dia (Pemuda Umno)," katanya dalam sidang media di kementerian pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Semalam, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata amalan saman ekor tidak adil dan patut dimansuhkan kerana mengandaikan seseorang itu bersalah tanpa diberikan peluang membela diri.
Khairy mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan 14 pengusaha bas dan teksi di PWTC.
Sebelum itu, PAS lebih awal mengumumkan kempen anti-saman ekor, antaranya mendesak pelbagai pihak memansuhkan saman ekor dan menghentikan amalan menyenerai-hitamkan pengguna kenderaan.
Tindakan kerajaan itu dianggap parti Islam itu sebagai tidak berperlembagaan dan menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian.
Malaysiakini

BUKAN LEMBAB TAPI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN/AMBIL LANGKAH, PEMUDA UMNO AKAN MEMBUAT PERTIMBANGAN TERLEBIH DAHULU...SAMA ADA MENGUNTUNGKAN PEMUDA KETUA PEMUDA UMNO ATAU TIDAK.
ReplyDeletePERTIMBANGAN UNTUK RAKYAT TIADA LAGI DLM AGENDA PEMUDA UMNO SEBALIKNYA HANYA UNTUK MENONJOL ATAU UNTUK MENYAINGI LANGKAH YG DI BUAT OLEH PEMUDA2 PAKATAN RAKYAT SAHAJA, SUPAYA DILIHAT OLEH RAKYAT BAHAWA PEMUDA UMNO JUGA BERJUANG UNTUK RAKYAT...
RAKYAT SKRG SUDAH CERDIK...
RAKYAT SUDAH FAHAM BENAR YG PEMIMPIN2 UMNO TERMASUK PEMUDA, MASING2 BERJUANG UNTUK KUASA, KEKAYAAN UTK DIRI SENDIRI SAHAJA.. UNTUK RAKYAT!!! PILIHAN TERAKHIR...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!