SHAH ALAM - Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa Kongres Ekonomi Cina (KEC) baru-baru ini menunjukkan kegagalan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kongres yang sepatutnya memberikan impak ekonomi positif kepada semua lapisan masyarakat bertukar ‘tragedi’ setelah membuat resolusi menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Menurutnya, kongres bertajuk Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu juga meminta kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam perniagaan tempatan dapat dicapai.
“Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres berkenaan. Agak memeranjatkan apabila Dr Chua mempertahankan 12 resolusi yang diluluskan dengan menyatakan bahawa kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.
“12 resolusi KEC ini menimbulkan pertikaian dan pertikaman lidah di antara kepimpinan MCA dengan UMNO serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Khairul Faizi berkata, berikutan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi amaran kepada MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
“Presiden MCA pula sebaliknya mengingatkan beliau bahawa keadaan sosioekonomi Malaysia telah berubah dan tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpahan darah 13 Mei 1969.
“Melihat kepada perbalahan itu, jelas terdapat kepincangan dalam Konsep 1Malaysia yang kononnya mendapat sambutan daripada rakyat, tetapi sebenarnya konsep yang rapuh kerana masih menimbulkan percanggahan minda dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri,” katanya.
Beliau berkata, konsep 1Malaysia adalah satu slogan untuk menipu rakyat supaya kembali berpaut kepada UMNO atau BN terutama masyarakat Cina dan India, sedangkan masalah utama yang menimbulkan perselisihan serta perbalahan kaum tidak diselesaikan.
Sinar Harian

Salam,
ReplyDeleteUntuk jangkamasa pendek pendekatan keistimewaan kepada bumiputera boleh dilaksanakan tetapi dalam jangkamasa panjang ianya akan menjadi duri dalam daging kepada semua lapisan masyarakat dan perlu dihapuskan secara berperingkat. Ini adalah kerana keistimewaan yang diberikan menjadi duri dalam daging kepada masyarakat malaysia mereka sudah pasti akan mengemukakan alasan iaitu mengapa setelah peluang diberikan selama 50 tahun, bumiputera terutamanya orang melayu tidak mengambil peluang atas kuasa di tangan mereka menyebarkan kekayaan kepada kaum mereka sendiri? inilah persoalan yang akan dibangkitkan oleh kaum-kaum lain (cina, india & sebagainya).
Tiada kerajaan didalam dunia ini dimana sesebuah kaum yang memerintah maka kaum tersebut adalah golongan yang mundur (kecuali dibeberapa negara Afrika yang mula hendak membangun @ mereka sama sahaja sikapnya seperti kita?). Tiada sebenarnya!
Bukan saya ingin menentang hak keistimewaan ini tetapi wajar dan adilkah ianya akan diteruskan selama-lamanya. Manusia semuanya sama dari segi daya dan kecerdikan mereka, cuma yang membezakan adalah usaha dan sikap. Jika tidak berusana dan merubah sikap maka kita akan gagal.
sesungguhnya kita kena bertindak dengan segera tanpa menoleh kebelakang untuk memajukan bumiputera dan pendekatan memajukan bumiputera perlu diubah untuk mereka dapat bersaing dengan lebih efektif dan berani disamping lain-lain kaum. Pendekatan yang perlu diubah secara drastik adalah pendidikan rendah, menengah dan Universiti(berbentuk teori kepada lebih amali)dan penekanan kepada Agama. Oleh itu kerjasama dari semua lapisan masyarakat samada rakyat mahupun pemimpin perlu ada dan dilakukan dengan progresif.
Mari kita fikirkan bersama.
ikhlas dari Achmad Abdollah
notoracist@gmail.com
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!