Pintu Gerbang dirobohkan dengan kos RM70,000

SALAH sebuah pintu gerbang Kebun Bunga dirobohkan pada 9 malam Isnin.

Pintu gerbang yang bernilai RM150,000 dirobohkan di atas permintaan orang ramai dan bantahan NGO yang mendakwa gerbang berkenaan tidak mesra alam.

Kementerian Pelancongan membiayai kos meroboh kira-kira RM70,000 sebelum membuat tuntutan kepada pihak kontraktor yang membina gerbang tersebut.

Pintu gerbang berkenaan merupakan sebahagian daripada projek bernilai RM7 juta untuk mencantikkan kebun bunga itu.


Kerja Meroboh Pintu Gerbang Taman Botani Dimulakan Malam Isnin


Orang ramai menyaksikan kerja-kerja meroboh dua pintu gerbang
Kebun Bunga di Georgetown.

GEORGE TOWN: Kerja-kerja perobohan dua struktur pintu gerbang di Taman Botani, yang menjadi isu hangat di negeri ini, akan dilakukan selama enam hari, mulai malam Isnin.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, keputusan merobohkan struktur itu dilakukan selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri serta lanjutan pandangan dan komen daripada bakan bukan kerajaan (NGO), reaksi orang ramai serta pihak lain yang terbabit.

Kajian pendapat awam oleh Universiti Sains Malaysia menunjukkan bahawa 71% daripada 1,225 responden bersetuju kedua-dua struktur pintu gerbang itu dirobohkan, menurut kenyataan itu.

Projek pembangunan pelancongan di Taman Botani diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan perolehan bagi projek ini adalah secara tender terbuka oleh JPS Pulau Pinang mengikut syarat dan peraturan Kerajaan yang digariskan oleh Perbendaharaan Negara.

Kerja-kerja pembinaan pintu gerbang mula dijalankan pada 3 Nov 2009 tetapi dihentikan pada 18 Mei lepas setelah satu daripada struktur pintu gerbang itu didapati condong.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pelancongan mengambil ikhtibar daripada projek ini dan akan memastikan sistem penyampaian diperbaiki dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan, khususnya projek-projek melibatkan pembangunan projek pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 di seluruh negara.


mStar Online

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post