Sultan Johor Murka Lagi..



JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam penipuan sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) palsu pada 5 Ogos lalu sekali gus menambah lagi kemurkaan Sultan Johor.



Mohd. Mokhtar menunjukkan sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Kedua
Pangkat Kedua (PIS II) palsu yang dirampas daripada dua lelaki
di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menegaskan, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kemurkaan itu ketika beliau menghadap baginda bagi memaklumkan kes tersebut.

Beliau berkata, kegiatan tersebut terbongkar apabila seorang mangsa berusia 37 tahun membuat laporan polis berhubung perbuatan lelaki berkenaan yang menawarkan sijil berkenaan dengan harga RM5,000.

“Ekoran itu, saya telah mempersembahkan perkara ini kepada Sultan Johor dan baginda amat murka terhadap apa yang berlaku.

“Baginda bertitah supaya orang ramai jangan terpedaya dengan kegiatan tersebut berikutan pengurniaan darjah kebesaran adalah hak mutlak Sultan.

“Pada masa yang sama pihak istana tidak pernah melantik mana-mana pihak berhubung pengurniaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Kosmo Online

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post