Kali ini dengan sedikit kemajuan.. sudah tahu untuk bertudung biarpun bertudung seperti Rosmah Mansor.. sekurang-kurangnya beliau mula belajar tentang adab untuk masuk ke Masjid dan majlis juga diadakan diluar surau..
Teo hadiri satu lagi majlis di surau
Teo hadiri satu lagi majlis di surau
Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.
Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.
Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.
Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.
Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.
Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.
Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.
Malaysiakini
tuan... pohon untuk iklankan di blog
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/photo.php?pid=536294&id=100000105053006&fbid=156255607721273&ref=mf
Collection slow sikit la tuan... Promosi kurang...
Salam Tuan Dugong_darat..
ReplyDeleteApa benda yang hang suruh aku iklankan tu?
Bro... nih pasai collection derma untuk perbelanjaan raya family mangsa ISA. setakat nih baru ader 6 rat jer tuan... Family yang terlibat ada dalam 20 keluarga. Mohon promote kat blog tuan untuk ringankan beban deme nih waktu nak reraya nih...
ReplyDeleteOooo.. pasai tu ka..
ReplyDeleteApa kata hang e-mail kat aku apa saja yang berkaitan.. nanti aku publish..
Link yang hang bai kat atas tu.. bila aku publish keluar huruf link tu saja.. tak ada gambar tak ada apapun.. hanya huruf link tu saja..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!