Ada pemimpin UMNO 'syok sendiri' ?

Semalam dan hari ini bila membaca Utusan yang juga dikenali sebagai lidah Rasmi UMNO (aku baca saja tapi tak beli.. harap maklum) terasa seperti membaca akhbar Pro Pakatan Rakyat pula.. manakan tidak banyak laporan yang mereka siarkan yang menyokong PERKASA menyerang pentadbiran Najib..

Ada pihak yang mengatakan ini semua kerja Mahathir, kerana Utusan itu dikuasai atau dipengaruhi oleh Mahathir.. lagipun menurutnya lagi hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir.

Dan Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.- baca di SINI

Ini pula laporan yang mengatakan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Kesiannn depa.. syok sendiri rupanya..

*****************************************************

Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.

"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.

"Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada.

Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa.

"UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.


Lidah Rasmi UMNO?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MELAYU MESTI BIJAK CARI POSISI berkata...September 14, 2010 at 7:41 PM

    BILA UMNO SUDAH LEMAH...

    PERKASA DAN UMNO...
    ...PERNAH TENGOK CERITA KARTUN TERKINI IAITU CATDOG YANG MANA KUCING DAN ANJING TERIKAT SESAMA IA DI BAHAGIAN EKORNYA...(AMERIKA DAN ISRAEL PON SAMA MCM CATDOG)

    KARTUN CATDOG INI SAMA MACAM UMNO DAN PERKASA...BERSAMBUNG DI BAHAGIAN EKORNYA (AHLI2 BWH ADA 2 KEAHLIAN)

    AHLI2 PERKASA MAJORITINYA AHLI2 UMNO IAITU GOLONGAN2 MUDA UMNO YG DAHULUNYA BERKETUAKAN KHAIRI JAMALUDDIN (KJ MARAH SGT PD IBRAHIM ALI YG CURI PEMUDA UMNO)PEMUDA2 UMNO TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN BERSAMA2 DGN IBRAHIM ALI DAN DR MAHATHIR BERJUANG DIDALAM PERKASA... MEREKA MEMPUNYAI AGENDA YG BERBEZA...

    SELEPAS TSUNAMI PRU-12 2008, DR MAHATHIR KEMBALI BERPENGARUH DAN BERTINDAK MENCANTAS HABIS PENGARUH PAK LAH, KJ DAN TINGKAT 4... AHLI2 UMNO ERA KETUANAN MAHATHIR SERTA PEMUDA UMNO DILIHAT MULA MENINGGALKAN KJ DAN TERPENGARUH DGN PERKASA DAN DR MAHATHIR...

    MEREKA MUNGKIN INGIN MENGAMBIL ALIH KUASA DARI PEMIMPIN2 TERTINGGI UMNO SKRG YG DILIHAT LESU DAN TIDAK BERMAYA... MELALUI SOKONGAN PENGARUH DR. MAHATHIR DAN SESETENGAH PEMIMPIN2 UMNO YG BERPURA2 MENYOKONG KEPIMPINAN YG ADA...

    JIKA UMNO BETOL2 INGIN MEMISAHKAN DIRI DARI PERKASA, MAKA UMNO HARUSLAH MENGISYTIHARKAN PENGHARAMAN KPD AHLI2 UMNO DR MENJADI AHLI2 PERKASA...IAITU
    MANA2 AHLI2 UMNO YG MENJADI AHLI PERKASA HENDAKLAH DIKENAKAN TINDAKAN YG KERAS TERMASUK DI GUGURKAN/DIPECAT DR MENJADI AHLI PARTI UMNO BERKUATKUASA SERTA MERTA...JIKA TIDAK, UMNO AKAN DILIHAT SEBAGAI LEMAH/LEMBIK DAN AKAN DI CABAR PD MASA AKAN DTG, DAN KEMUNGKINAN BAHAWA PERKASA AKAN DI DAFTARKAN SBG PARTI POLITIK DAN AKAN MENIKAM UMNO DR BELAKANG/DALAM ADALAH SATU KEMUNGKINAN YG HARUS DIFIKIRKAN...

    DR MAHATHIR/IBRAHIM ALI/PERKASA MUNGKIN AKAN 'KERAT' EKOR CATDOG SUPAYA DIA DPT BERLARI LEBIH 'PANTAS'.

    ReplyDelete
  2. Satu cadangan dan pandangan yang bernas.. bagi aku..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post