Kalau semalam beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR telah menunjukkan kepada kita semua bahawa mereka masih mempunyai sifat-sifat UMNO dengan mengulang budaya UMNO didalam PKR. Baca di SINI
Hari ini pula beberapa orang ADUN pula telah bertindak mengulangi perkara yang sama yang telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen..
Jawatan Timbalan Presiden PKR: Peluang Azmin semakin cerah
Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Peluang Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu pada 17 September ini semakin cerah apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Negeri Sembilan hari ini berikrar menyatakan sokongan.
Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari berkata, "pemilihan dan sokongan pada kali ini adalah penting dalam menentukan pemimpin yang akan membawa hala tuju masa depan parti kelak.
"Pemilihan kali ini sebagai teras gerak baru dan penting bagi menentukan siapakah pemandu dan pemimpin yang bakal dipilih bagi mencapati matlamat tersebut," katanya pada sidang media bagi mewakili
Adun yang lain di sebuah hotel terkemuka di sini.
Hadir dalam sidang media itu ialah Dr Xavier Jayakumar (Andalas), Shuhaimi Shafie (Seri Muda), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amirudin Shari (Batu Cave).
Sementara Adun dari Negeri Sembilan yang hadir ialah Rashid Latif (Ampangan), Ravi Munusamy (Port Dickson), Chai Tong Chai (Lukut) dan Aminudin Harun (Sikamat).
Bagaimanapun, Adun Selangor yang lain, Rodziah Ismail (Batu Tiga), Lee Kim Sin (Kajang), Gan Pei Nei (Rawang) dan Haniza Talha (Taman Medan) tidak dapat hadir tetapi turut menyatakan sokongan.
FMT
Hari ini pula beberapa orang ADUN pula telah bertindak mengulangi perkara yang sama yang telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen..
Jawatan Timbalan Presiden PKR: Peluang Azmin semakin cerah
Oleh Fazy Sahir

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari berkata, "pemilihan dan sokongan pada kali ini adalah penting dalam menentukan pemimpin yang akan membawa hala tuju masa depan parti kelak.
"Pemilihan kali ini sebagai teras gerak baru dan penting bagi menentukan siapakah pemandu dan pemimpin yang bakal dipilih bagi mencapati matlamat tersebut," katanya pada sidang media bagi mewakili
Adun yang lain di sebuah hotel terkemuka di sini.
Hadir dalam sidang media itu ialah Dr Xavier Jayakumar (Andalas), Shuhaimi Shafie (Seri Muda), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amirudin Shari (Batu Cave).
Sementara Adun dari Negeri Sembilan yang hadir ialah Rashid Latif (Ampangan), Ravi Munusamy (Port Dickson), Chai Tong Chai (Lukut) dan Aminudin Harun (Sikamat).
Bagaimanapun, Adun Selangor yang lain, Rodziah Ismail (Batu Tiga), Lee Kim Sin (Kajang), Gan Pei Nei (Rawang) dan Haniza Talha (Taman Medan) tidak dapat hadir tetapi turut menyatakan sokongan.
FMT
Budaya UMNO ke... Budaya orang Melayu yang tamakkan kuasa...
ReplyDeleteJumudnye pemikiran tuan hamba...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!