Boleh harap ka ni? kempen untuk diri sendiripun fail.. macam mana pula nak kempen bagi memenangkan orang lain?
Ahli parlimen Teluk Kemang yang juga Pengurus kempen’ Azmin, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.
Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.
Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.
Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.
Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan', malaysiakini dipetik.
"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.
Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.
Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).
Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.
Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.
Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.
Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.
Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.
"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," lapor Malaysiakini lagi.
Malaysiakini

itu lah yg penting akar umbi di cabangnya kena jaga, khalib ibrahim pun boleh tewas jika akar umbi di cabangnya tidak di jaga
ReplyDeleteNampaknya akar umbi tidak bersetuju budaya proksi berleluasa dalam PKR, takut jadi macam UMNO.
ReplyDelete"Melayu akan hilang kepentingannya didalam PKR"
ReplyDeletePercayalahhhh
"blogenstarz"
sebenarnya dah jadi macam UMNO pun.yang kalah dalam pemilihan terus di cantas hingga ke akar.yang kalah di pastikan terus mati.apa salahnya sekiranya pihak yang kalah di beri jawatan dan duduk bersama sama berkerja untuk parti.
ReplyDeleteKalau masih berkatakan melayu ini, melayu sana...maka harapan untuk 1Malaysia hanya angan-angan saja. Kita sama-sama berjuang untuk negara. Kalau di Indonesia, orang Islam, Kristian & Buddha bersama-sama berhina Malaysia, dan kita rakyat Malaysia masih tak sedar diri bahawa kita rakyat Malaysia dan bukannya Melayu, Cina & India dll...maka pu-cik lah Malaysia...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!