Ibu Jenis apakah ini?.. yang tetap sayang Pembunuh Anaknya

Buat sesiapa yang tidak dapat membayangkan bagaimana kekejaman tersebut berlaku , saksikan video dipertengahan entry ini yang juga jelas memaparkan kekejaman terhadap seorang gadis...



Ketika terbaca komen dari Ibu kepada adik Syafiah Humaira Sahari yang mengatakan beliau tetap sayangkan pembunuh anaknya iaitu pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, aku kehilangan kata-kata…

Kata perempuan itu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,”

Hilang kata-kata kerana inilah pertama kali aku mendengar seorang Ibu berkata bahawa beliau tetap sayangkan kekasihnya yang telah membunuh anaknya dengan sebegitu kejam..

Anaknya itu telah ditendang bagaikan bola.. diangkat dan dilemparkan ketengah padang, setelah jatuh dipijak pula dengan but bola namun tiada tangisan dikeluarkan oleh kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu kerana terlalu takut..


Tidak cukup dengan itu dihempaskan pula pintu teksi oleh lelaki itu kekepala kanak-kanak yang masih tidak mengenal dunia itu ketika hendak menutup pintu teksi..

Tidak cukupkah kekejaman itu hingga ibunya masih berkata “Aku masih sayang kepada pembunuh anak ku itu..”

Jenis apakah ibu ini?? Lebih mengasihi pembunuh anaknya dari anaknya sendiri..

Apakah tiada sekelumit kasih buat anak kecil yang dikandungnya selama Sembilan bulan itu.. anak yang dilahirkan setelah bertarung nyawa..

Apakah tiada langsung naluri sebagai seorang ibu didalam dirinya? Sedangkan binatangpun tahu untuk melindungi dan menyayangi anak mereka..

Kenapa perempuan itu masih berkata pembunuh itu terlampau sayangkan anaknya? Terlalu bodohkah dia hingga tidak dapat membezakan antara mengasihi dan membenci?

Mungkin kerana cinta itu buta.. maka kezaliman yang berlaku didepan matanya tidak kelihatan baginya..

Kita yang membaca kisah kekejaman terhadap adik Syafiah Humaira ada yang menitiskan air mata.. tapi Ibunya masih berkata “aku tetap sayangkan pembunuh anakku itu….”

Bayangkan bagaimana siksanya hidup seorang anak kecil yang didera oleh kekasih ibunya yang tinggal bersama mereka yang pasti dibiarkan oleh ibunya kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu..

Bayangkan…..

Kemana anak kecil yang masih belum mengenal dunia itu hendak mengadu?? Tubuh mana hendak dipeluknya untuk mengadu?? Tangan siapa yang akan mengesat airmatanya yang mengalir itu?? Dibahu mana hendak diletakkan kepalanya ketika menangis??

Bayangkanlah…..

Al Fathihah buat Syafiah Humaira dan Alhamdulillah kerana Mohd Fazli Azri Jamil ketali gantung jua.. pada harijadinya pula..

Kepada pihak berkuasa.. tidakkah ibu ini juga dikatakan telah bersubahat kerana mendera anaknya itu dan mereka juga telah tinggal bersama tanpa ikatan yang sah? Kenapa dibiar begitu saja??

Dan buat sesiapa yang tidak dapat membayangkan bagaimana kekejaman tersebut, saksikan video ini, video yang memaparkan bagaimana seorang budak perempuan dipijak, ditendang dan dihempas dengan batu sehingga menemui ajalnya hanya keran tidak mahu menurut kemahuan ibu bapanya yang mahukan beliau berkahwin dengan lelaki tua.. yang pastinya kekejaman juga dilakukan terhadapnya..

Jangan dengar apa yang dikatakan oleh manusia botak ini hanya lihat pada minit 4:22



Berita berkaitan..


'Saya tetap sayang dia'
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/09/23

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.


myMetro

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bro...

    sedih baca..

    ibu macamni lah!

    sepatutnya 2-2 di ambil tindakan..

    1. laki salah bunuh budak mak bersubahat

    2. laki tu dok umah pompuan mak belum kawin ngan jantan tu..

    tapi ini mesia beb.. bile ada hamil luar nikah si jantan kene hukum sebab menghamilkan pompuan... yang pompuan g carik jantan lagi sebab bebas dari hukuman... kerana apa? kerana ini mesia..!

    undang-undang Karpal sing yang UMNGOK nak ikut nak wat cemana!? UMNGOK AGEN KARPAL SINKH!?

    ReplyDelete
  2. Ini lah bukti apabila cinta berlandaskan nafsu,anak jd korban pun dia x kisah..Ni la berlaku apabila manusia jauh dari ALLAH sehingga mewajarkan kekejaman berlaku hatta pada zuriat sendiri..Yg dipentingkan hanya kemahuan syahwatnya terisi..Syok sgt memenuhi kehendak nafsu serakah hingga tidak lg peduli nasib anak sendiri..Bertaubatlah kamu sebelum terlewat kerana di akhirat kelak hanya amalan soleh yg menjadi penjamin kamu bukan kehendak nafsu kamu..

    ReplyDelete
  3. pompuan ni dah konfem duduk serumah tanpa nikah, tp apa JAIS buat? senyap aje kalau p tangkap org berkhalwat bukan main lg..x dinafikan dah tugas mrk tp ni dah tahu duk serumah tanpa ada ikatan yg sah sbg suami isteri x leh wat apa2 ke...dan pompuan ni memang MEMALUKAN MAK BPK serta k'ga, dia masih sygkan lg kpd pembnunuh anaknya krn shahwat...astaghfirullahila'zim manusia jenis apa ni?..bertaubat lah kamu dan insaf lah...MUHASABBAH LAH DIRI KAMU..

    ReplyDelete
  4. Kalau di Afganistan dah lama kena rejam dengan batu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post