Kes Bunuh Sosilawati : Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Mereka - Shahrizat

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

Neraka pun tak terima?? Apa punya kenyataan ni? Yang aku tahu kita hanya ada Syurga dan Neraka saja..

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Selasa September 14, 2010
Oleh SALWA SHA'ARI


Shahrizat menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan
anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu.
Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.



Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa.
Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.

Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.

"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.

Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting.


mStar Online

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Malas aku nak cakap panjang2.... Cukup kalau aku kata "Negara kita ni semakin bertambah maju tapi orang2 jahat pun makin bertambah ramai dan bertambah berani". Salam dan selamat malam ASD.

    ReplyDelete
  2. Ye gak..Klu Shahrizat kt neraka pun x terima penjenayah2 tu,cuba pula tanya ahli2 keluarga Altantuya yg mayatnya berkecai kena bom C4 tuh..Tanya keluarga Beng Hock apa perasaan diorang bila ada mulut2 gatal yg cuba nk kaitkan dgn bunuh diri..Utk laksanakan keadilan,jgn la di tangguh2 kan lg inkues,dan perbicaraan kes2 lain..Kesian juga kt keluarga diorang..Apapun,Fidyahkan Al-Fatihah pd mangsa2 pembunuhan kt Banting neh..Doakan mereka agar roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman,insyaALLAH..

    ReplyDelete
  3. Cakap macam pembunuh Altantuya ada terima neraka ke Shahrizat?

    ReplyDelete
  4. AMBIK KESEMPATAN, JGN X AMBIK...September 15, 2010 at 11:21 AM

    UMNO, UMNO...KALU TAK AMBIK KESEMPATAN ATAS EMOSI RAKYAT YG SEDANG BERGELORA ITU...ITU BUKAN UMNO NAMANYA...

    GUNAKAN SETIAP KESEMPATAN YG ADA... UTK NAIKKAN SAHAM...

    MCM PERISTIWA WTC 9/11 LAH JUGA, BUSH CELAKA LAKNAT ITUPUN AMBIK KESEMPATAN PROMOTE DIRI BUAT2 SEDIH PADAHAL 9/11 TU KERJA ORG DALAM BUKTINYA IAITU 11 TAHUN (11.9.2001) SELEPAS AYAH DIA ISTHTIHARKAN 'THE NEW WORLD ORDER' DI DEWAN SENAT, MAKA 11 TAHUN LEPAS ITU (11 TAHUN IALAH LENGKAP PUTARAN MATAHARI DLM KALENDAR UTK RITUAL SYAITAN)...MAKANYA PERISTIWA 9/11 SEBENARNYA IALAH SATU UPACARA KORBAN UTK SYAITAN DAN SATU UPACARA SIMBOLIK UTK MEMUSNAHKAN KAABAH, KERANA ISLAM SAHAJALAH LAGI AGAMA YG TINGGAL YG MASIH SUCI DR DIROSAKKAN, DAN PENENTANG UTAMA 'THE NEW WORLD ORDER'. SELEPAS ITU NEGARA2 ISLAM AFGHANISTAN 2002, IRAQ 2003 DI SERANG...TUBUH PANGKALAN TENTERA UTK KEPUNG KAABAH, KUASAI MINYAK, DAN MENDIRIKAN NEGARA ISRAEL RAYA, DIANTARA SUNGAI NIL,MESIR DAN SUNGAI FURAT, IRAQ.

    ReplyDelete
  5. tak ada modal dah ke penderhaka nak spin hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post