Kes Bunuh Sosilawati : Utusan Malaysia macam MOSSAD - Guan Eng (Video Inside)

Sambil menyifatkan Utusan Malaysia seperti MOSAAD,Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP melahirkan kekesalannya berikutan satu laporan yang disiarkan oleh akhbar tersebut yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati.

Menurut beliau semasa kejadian tersebut berlaku beliau berada diluar Negara dan beliau telah mengirimkan ucapan Takziah dan juga mengecam kejadian yang tidak berperikemanusiaan tersebut melalui twitter.

Ini adalah bagi menghormati arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang baru yang telah mengarahkan agar orang awam tidak memberikan komen atau sebarang ulasan berkenaan kes.

Malangnya tindakan DAP yang hanya mengucapkan Takziah tersebut telah dijadikan isu politik oleh Utusan yang telah menyiarkan satu laporan yang memetik bekas naib presiden PKR, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.


Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."

Ini satu dakwaan yang tidak berasas menurut Guan Eng.. seterusnya lihat Videoclip dibawah..


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post