Khas buat Nik Nazmi.. walau dimana jua anda berada..

"Kita tidak perlu anak muda yang belum tahu apa makna perjuangan dengan semangat keberanian mengatakan kami lebih tahu mahu membuka jalan ke Putera Jaya. Satu kenyataan yang angkuh dan amat sombong."


Jangan sempitkan makna Gerakan Reformasi

Oleh : Norazimah Mohamad Nor

Saya (gambar sebelah) membaca penuh khusyuk biografi ringkas ala kempen yang di buat oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang hari ini adalah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat dan juga Ahi Dewan Undangan Negeri Seri Setia untuk calon AMK Rafizi Ramli.

Apa yang jelas, penulisan itu hanya mahu memberitahu kepada umum bahawa Rafizi Ramli juga seorang reformis dan hadir seawal minit pertama gerakan reformasi 1998. Mengapa perlu diperkenalkan Rafizi Ramli, sekiranya beliau memang hebat dalam gerakan reformasi.

Sememangnya beliau akan di kenali tetapi ini adalah sebaliknya.

Langkah Nik Nazmi kemudiannya disusuli untuk memberitahu umum bahawa gerakan reformasi dengan demonstrasi jalanan tidak akan berjaya membawa kita ke Putera Jaya. Pandangan sempit inilah yang sebenarnya membuat saya rasa tercabar untuk mematahkannya. Pergerakan Reformasi BUKAN sekadar demonstrasi jalanan.

Gerakan Reformasi yang hadir pada tahun 1998 adalah pencetus, melibatkan gerakan dalam alam siber, perencanaan dan juga mengambil langkah menyuarakan pendapat melalui semua medium termasuk demonstrasi. Kesilapan utama adalah meletakan gerakan itu menjadi sempit dengan pandangan yang sempit. Sebenarnya Nik Nazmi kena sedar bahawa membawa imej konon-kononnya keintelektualan sahaja yang mampu mengadakan perubahan adalah satu sinopsis sempit.

Sesempit beliau melabel gerakan reformasi itu sebagai demonstrasi jalanan. Perlu diingat reformis melakukan lebih dari itu – perjuangan yang perlukan komitmen tinggi, keberanian dan seterusnya melakukan perencanaan bagi merealisasikan agenda reformasi. Gerakan Reformasi turut menjelajah ke seluruh pelosok negara dengan bahan-bahan tulisan, risalah dan bukan setakat menulis di Suara Mahasiswa. Yang paling penting adalah gerakan Reformasi bukan dangkal kepada nilai keintelektualan.

Kalau dikatakan Generasi Reformasi buktikan partisipasi dalam mengadakan gerakan reformasi dari membaca, menulis, memahami dan kemudian bertindak untuk suara didengari. Perlu diingatkan juga gerakan ini disertai oleh seluruh peringkat – baik mereka yang pernah berjawatan baik, mempunyai kedudukan kewangan kukuh sehingga melarat dalam memperjuangkan agenda.

Kita tidak perlu anak muda yang belum tahu apa makna perjuangan dengan semangat keberanian mengatakan kami lebih tahu mahu membuka jalan ke Putera Jaya. Satu kenyataan yang angkuh dan amat sombong. Kalau benar mahu mengadakan Generasi Reformasi – sumbanglah dengan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa dari alih-alih mahu jadi Ketua AMK.

Saya melihat sendiri,memahami makna perjuangan. Saya semakin faham setelah terpaksa menuntut di Universiti Jalan Raya – mengenai sakit dan pedih perjuangan dan faham apa maksud pelaksanaan kata-kata sebagai hakikat perjuangan. Perjuangan itu menyeluruh dan saya tidak menyempitkan jalan ke Putera Jaya hanya mampu dilakukan oleh Rafizi dan kebolehan intelek semata-mata.

Saya lihat apa yang disampaikan oleh Saudara Nik Nazmi adalah sehelai kertas putih – menceritakan keindahan kerjaya tetapi tidak faham makna perjuangan. Ingat Anwar Ibrahim terkurung sewaktu itu dan gerakan reformasi bangkit dengan tujuan utama menuntut perubahan – menyedarkan rakyat akan kepincangan – membuka mata rakyat serta memupuk kesedaran politik dan mendidik mereka untuk melihat perjuangan bukan terhad kepada sepak terajang politik semata-mata. Itulah dia gerakan Reformasi – melihat dan mengkaji kepincangan yang ada, membuat analisa mengenai apa yang perlu dilakukan untuk perubahan dan akhirnya menekan agar perubahan itu dilaksanakan.

Jangan sombong dan bongkak dalam mengatakan bahawa kamu — Rafizi Ramli dan angkatan yang mencela reformasi sahaja yang mampu menunjukkan jalan ke Putera Jaya. Ingat Anwar Ibrahim juga seorang reformis tetapi tidak perlu di hiaskan dengan kata-kata seperti mana rakan Rafizi — Nik Nazmi perlu untuk menunjukkan kebolehan. Saya petik kata-kata ilmuwan yang saya pelajari setelah 10 tahun sebagai aktivis reformasi;

“ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat” — Almarhum Bapak Mohamad Natsir

Maka kita perlu lebih bijak dalam memilih. Mereka yang tidak kenal makna perjuangan dalam gerakan reformasi akan hanya menutup sejarah dengan perjuangan yang mereka lakukan di tepi-tepi meja dan sudut-sudut komputer.

Maka nilai kemerdekaan yang kita kecapi akan terhakis seperti mana akan berlaku terhadap perjuangan reformasi sekiranya kaum yang mengaku mereka pandai hanya memandai dalam mengaku bahawa jalan ke Putera Jaya mampu dibuka oleh mereka.

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Refomis yang sejati adalah individu yang tidak akan menyanyikan lagu "BANGAU OH BANGAU"
    dan bukan individu yang suka "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".

    ReplyDelete
  2. Alahai sibacul kenapa bodoh sgt nih, yg nak reformasi sana sini akhirnya bukan kau org yg habta2 diatas TETAPI kaum CINA dan Singh laknatullah jer yg akan bermaharaja lela di Sana. Saya demi ALLAH tidak akan membiarkan walau bayang mereka kaum Cina dan India atau Singh untuk bertahta disana dan mengambil pentadbiran Negara. Ingat Anwar aljuburi dan lain2 tak mapu mentadbir Ngera dgn baik kerana perangainya juga menjahanamkan negara.

    Ingat saya akan menentang habis-habisan waima jika melayu yg suka melacurkan Negara seperti PAS * Keadilan akan saya tentang walau terpaksa bermandikan darah. Ingat darah pejuang Melayu masih panas membara dan tidak segan2 untuk menghancur setiap Melayu yg menderhaka seperti PAS & PKR.

    Jika jantan upload coretnan ni. kalau tidak maknanya ANDA dayus tak bertelor.

    ReplyDelete
  3. Minta jangan hina dan lupa reformis jalanan kepada yang berkenaan. Penat lelah mereka, pedih sakit mereka di asak oleh polis berkepala merah, penderitaan mereka dan keluarga mereka di dalam tahanan maka Kerana mereka2 lah naiknya reformis yg duduk di tahta di atas tu. Merekalah pencetus kelangsungan kesedaran rakyat.

    Jadi, jangan sombong wahai pemimpin2 yang ada di atas. Jangan bongkak bila dah ada kuasa di tangan. Hargai pengorbanan mereka yang bersusah payah melangsungkan suasana perubahan ini.

    Jangan sampai kelak,akibat mulut yang tak tahu menapis perkataan kelak pemimpin berucap maka yang dengar hanya kerusi dan meja saja.

    INGAT..!!!!TANPA REFORMIS JALANAN INI...IBARAT HARIMAU MENGAUNG TAPI SEKORPUN TAK LARI....SEBAB NGAUMANNYA ORANG DAH TAK DIPANDANG.
    MHUKAH BEGITU....????

    ReplyDelete
  4. Wahai si Kapaktajam..

    Hang jangan nak buat lawak kat sini...
    Sapa hang yang nak kata anwar tak mampu mentadbir negara ni? Tukang telek? Ahli Nujum? nak buat ramalan konon... kah.. kah.. kah..

    Kalau setakat hang sorang tu... jadi macam anjing menyalak bukitla..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post