Mengapa Ada Ahli PKR Pmtg Pauh Mahu Pak Tam Pertahan Jawatan ?

Segala persoalan yang ditimbulkan oleh penulis ini akan aku jawab setelah kesemua bahagian penulisannya diterima dan disiarkan.. Insyaalah..

Mengapa Ada Ahli PKR Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Uzur Pertahan Jawatan ?

Oleh Zulkifli Mohamed


Dato Mansor menziarahi Pak Tam

Begitu sedih dan sayu apabila menatap foto terkini bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Che Mat Hashim yang sedang uzur terlantar di hospital Bukit Mertajam. Jelas susuk tubuhnya semakin susut. Foto tersebut sebahagiannya saya terjumpa ketika melayari Facebook Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman sewaktu beliau melawat Che Mat di Hospital Bukit Mertajam pada 21 September 2010 iaitu dua hari selepas pemilihan cabang Permatang Pauh.

Che Mat lebih mesra dipanggil Pak Tam, adalah teman lama saya ketika kami sama-sama berjuang di Permatang Pauh, ketika era Anuar Shaari sebagai Ketua Cabang lagi. Ketika itu Che Mat adalah Bendahari Bahagian, kini Cabang.


Selaku Setiausaha KADUN Penanti ketika itu, saya bersama Che Mat dan teman-teman berganding bahu menyusun program memantapkan parti. Sasaran kami, mengekalkan kerusi Permatang Pauh, menawan kembali DUN Seberang Jaya dan Penanti pada pilihanraya ke-12.

Selepas Anuar Shaari umum keluar PKR mengikut jejak mentornya Ezam Mohd Noor, pada Mac 2007, Che Mat dilantik sebagai Timbalan Ketua Cabang. Berketuakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan Anuar Shaari. Azizah ketika itu adalah Presiden PKR dan satu-satunya Ahli Parlimen tunggal PKR yang terselamat dalam ‘Gelombang Biru 2004’ pimpinan Abdullah Badawi.

Terkejut Anak Calon Bapa
Kali terakhir saya menziarahi Che Mat di rumahnya sebelum bulan Ramadan lalu, bersama-sama beberapa teman. Ketika itu, meskipun masih mampu tersenyum, namun susuk tubuhnya jelas susut. Tangan dan kakinya bengkak. Senarai panjang jenis makanan pantang larang yang tidak boleh dijamahnya jelas terpampang di dinding biliknya. Juga kelihatan deretan bekas-bekas ubat. Dari perbualan dengannya dia percaya, dia kena santau. Puas dia berubat secara tradisional dan moden, namun kesihatannya tidak banyak berubah.

Namun ada berpendapat, penyakit Che Mat mungkin ada hubungkait dengan amalan meracun dan merumput di sawah yang diusahakannya.

“ Aku pernah naik kereta bersamanya, bau racun cukup kuat, aku tak tahan, rasa nak termuntah, tapi yang hairannya dia tak bau apa-apa pun,” jelas sumber itu.

Tambahnya, mungkin kerana telah lama terdedah dengan keadaan itu, Che Mat mungkin telah tepu dengan racun-racun tersebut.

Bagaimanapun, katanya sumber hospital mengesahkan paru-paru Che Mat dijangkiti kuman.

Melihat keuzuran Che Mat, mereka yang rasional dan waras pasti akan bersetuju, kesihatan Che Mat lebih penting dari segala-segalanya. Sesiapapun tidak akan percaya Che Mat akan mampu lagi mengalas tanggungjawab berat sebagai Timbalan Ketua Cabang.

Bagaimanapun setelah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital, saya tidak percaya apabila dimaklumkan Che Mat akan mempertahankan jawatan pada pemilihan cabang 19 September lalu.

Lebih terkejut apabila dimaklumkan borang pencalonannya dicadang oleh anaknya Mohd Anuar. Timbul seribu persoalan, apakah isteri dan anak-anaknya benar-benar menyayangi suami dan bapa mereka. Mengapa keluarga tidak memikirkan kesihatan Che Mat lebih daripada daripada segala-galanya. Atau setidak-tidaknya pun menasihati Che Mat membatalkan berhasrat mempertahankan jawatan, itupun jika benar dia masih berminat. Saya berfikir, tidak mungkin keluarganya sanggup menzalimi Che Mat.

Pada saya, pada ketika inilah keluarga perlu memainkan peranan mereka. Selain daripada berusaha keras mengubati penyakit ayah tersayang, mereka perlu banyak berdoa dan mendekatkan diri ayah tersayang dengan yang maha pencipta.

Sewaktu pemilihan cabang 19 September, saya bertemu Mohd Anuar dan sempat bertanya khabar tentang bapanya dan bertanyakan hal ‘tangan ghaib’ yang menjadi bualan ketidakpuasan hati segelintir pihak dalam parti.

“ Memang bapa ada menerima panggilan daripada Anwar Ibrahim, tapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan,” jelasnya.

Menjawab soalan saya selanjutnya, “Bapa saya ok, sihat, sakit sikit-sikit saja, lawan tetap lawan…” jelasnya yang seolah-olah mahu bapanya terus melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Perbualan ringkas kami terputus, tidak sempat berbual panjang, dek kerana suasana pemilihan ketika itu.

Kemudian apabila menatap poster dan ‘chai’ team Che Mat, yang diedarkan kepada anggota parti di meja panas, hati saya semakin tersentak, apabila melihat wajah teman-teman dalam senarai chai tersebut. Foto Che Mat di lokap semalaman, ketika didakwa di bawah akta pilihanraya sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi menjadi modal untuk psywar pengundi - satu strategi yang bijak. Namun dari aspek lain, saya meragui kebijaksanaan dan pertimbangan rasional teman-teman

Hati saya terus tertanya-tanya, tidak terfikirkah teman-teman tentang kesihatan Che Mat ketika itu ?

1. Mengapakah mereka sembunyikan fakta sebenar kepada anggota parti keadaan kesihatan Che Mat ketika ini ?
2. Mengapa mereka sanggup menzalimi dan memperalatkan Che Mat, hanya sekadar untuk melepaskan geram kepada seseorang ?
3. Apakah ini kefahaman kebebasan demokrasi dalam parti yang mereka perjuangkan ?
4. Apakah mereka lebih mementingkan kepentingan individu, lebih daripada kepentingan parti ?
5. Apakah Permatang Pauh benar-benar ketandusan pemimpin ?

Teringat kata-kata Dr Wan Azizah : -

“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”

Kata-kata emosi Kak Wan pada mesyuarat Agung 19 September lalu langsung tidak memberi bekas. Mana tidaknya, khabarnya pada malam tersebut team Che Mat meraikan kemenangan dengan membakar mercun di sebuah restoran milik Naib Ketua Cabang yang baru Elias Said.

Dan keesokannya Che Mat terpaksa bermalam semula di hospital ….

27 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Zulkifli Mohamed ni Cikgu Zul kan? jangan dok buat cerita la cikgu.. kami kenai hang sapa..

    ReplyDelete
  2. Sdr kenai saya alhamdulillah ... tapi saya pun nak kenal sdr ... kita boleh bertukar-tukar pandangan dan fakta utk kebaikan parti !

    ReplyDelete
  3. Sama mcm kampung akulah citer nie....

    kat kampung aku pun ader mcm nie.... orang yg sakit berada di hospital bertanding dlm bahagian dan menang semata2 tak nak team lagi satu menang.....

    sebenarnya bukannya dia nak bertanding sgt tapi org2 dia tak nak bagi team lagi satu menang

    seminggu ke sebulan lepas tu meninggal dunia.....

    berlakulah pilihanraya kecil kat kampung aku kerana arwah adalah adun......

    so conclusion menang pun tak guna kalau x sihat nanti menusahkan org lain......

    ReplyDelete
  4. maaf la cikgu zul alasan yang hang bagi kata paktam patut tak masuk bertanding kerana sakit adalah alasan yang dangkal. pak tam adalah pejuang sejati beliau tahu beliau masih mampu memikul tanggungjawab sbg timbalan ketua cabang. hang punya auta kami tau la . dulu hang penaya fairus la ni hang nak penaya pak tam plak ka? segala tentang hang fairus dah cerita kat aku masa dia masih menjadi TKM1. AKU DULU RAGU2 GAK LA NI DAH TERBUKTI APA YANG DIA KATA LA NI BETUI HANG LA TALAM 2 MUKA org yang dok cuba pelingkup parti. SEDAQ LA CIKGU oiiiiii

    ReplyDelete
  5. Dulu aku dengar.. Cikgu Zul ni pernah dipecat dari PAS.. lepas kena pecat dari PAS dia joint PKR..

    Yang PKR tu pun.. nak ambik ahli selidik la dulu..

    Aku juga pernah dengar Cikgu Zul ni tak dibenarkan berada dalam sebarang aktiviti PKR satu masa dulu oleg DS Wan Azizah..

    ASD.. hang nak publish artikel tu selidik la dulu background penulis tu.. tulisan manusia bermasaalah macam ni tak payah publish la..

    ReplyDelete
  6. Aku rasa penulis yg nama cikgu Zul ni kaki auta. Dia jumpa kami di jamuan makan mmlm di Perlis bulan 3 thn ni sihat elok sahaja. Bila pula dok habaq dia sakit setahun. Memang sah kaki temberang.

    ReplyDelete
  7. Bila orang kata PKR tak ubah macam UMNO, orang PKR marah, melatah. Tapi bila jadi camni apa bezanya dengan UMNO. Kita berjuang atas dasar semangat perjuangan dan matlamat parti, bukan atas dasar individu, nak rebut kuasa. Biar la rakyat menilai siapa yang lebih layak memimpin. Jasa orang yang sedang sakit perlu dihargai namun jangan sampai diperkudakan utk kepentingan orang lain. Kita berparti untuk bersatu, bukan untuk bermusuh.

    ReplyDelete
  8. Apa la hangpa ni masih x percaya pak tam ni sakit..hangpa nak menzalimi pak tam ka..sepatutnya berdoa agar dia sembuh laa..Tentang Fairus alahai tok sah dok pertahan dia sangatlah..dia memang betul2 teruk cakap kemaih tapi abuk pun tarak..la penangan dia zamri metalik dok rasa dah..mai lambat balik awai buat gheja sikit cakap pandai..tu la fairus al-Umnoapco!!

    ReplyDelete
  9. Nak komen apa pun tak apa..

    Bila cerita dari Anwar anak kepada Pak Tam siap.. aku akan publish..

    ReplyDelete
  10. anak sg derhaka....
    katakan yg benar walaupun pahit...pahit itu ubat yg paling mujarab..

    ReplyDelete
  11. sekarang ni bukan masalah pak tam sakit tapi mana keadilan dan kesaksamaan dalam pertandingan. sebelum ni dato sri wan azizah dan DSAI pernah berkata sesiapa pun ahli boleh bertanding. tetapi bila selesai penamaan calon maka wujudnya tangan ghaib yang menyuruh tarik diri. yang pertama calon yang sihat iaitu sdr roselai. aku hairan undang2 dah dibuat tapi siapa yang melanggarnya?? cikgu zul anda mempertahankan pimpinan tertinggi yang jelas melanggar undang2. adakah anda bersetuju pimpinan tertinggi boleh melanggar undang2?isu disini bkn saja pak tam tetapi kerakusan pimpinan tertinggi yang buat undang2 tetapi suka hati melanggarnya. apa kata dr molly pengawas pemilihan ari tu yang berkata jelas perbuatan tu melanggar undang2. mana hak pak tam sbg ahli? cikgu zul oiii kalau hg betui2 sygkan parti patutnya hang kena tegur pimpinan tertinggi yang melanggar undang2 bkn mempertahankannya. tu dikatakan sbg bodek.

    ReplyDelete
  12. 4.10 petang- 27 september. Saya menerima panggilan tel dari pkr negeri ketika ini kesihatan paktam makin meruncing dan akan dipindahkan dari hospital B Mertajam ke Hospital Besar PPinang, pada bila-bila masa. Sama-sama kita didoakan semoga Pak Tam lekas sembuh dan dapat berkhidmat semula di cabang permatang pauh... demi rakyat di sana. Amin.

    ReplyDelete
  13. 4.41 pm -27 September..

    Kesihatan Pak Tam semakin stabil.. tidak seperti yang dilaporkan oleh Zul diatas.. beliau masih berada di Wad 9, Hospital Besar Bukit Mertajam..

    Cikgu Zul!! apa hang cari? jangan jual nama PKR negeri..

    ReplyDelete
  14. Sham ... aku mahu Paktam cepat sembuh, agar dia bersama2 kita berjuang menentang UMNO/BN di PPauh. Aku dpt panggilan drp penolong su pkr negeri, yg katanya dia dh hubungi anak paktam utk pengesahan..kalu paktam tak jadi dipindah ke GH alhamdulillah. Kalu aku juai nama PKR negeri, brp duit boleh laku ? Masalah paktam bukan masalah stabil atau kritikal, masalah yang dihadapinya ialah kita kena sama2 berdoa utk dia cepat sembuh. Jgn jadi mcm umno khatib berdoa utk Guan Eng masuk Islam pun, umna kata tak boleh !

    ReplyDelete
  15. Aku nak jwb soalan semua tanpa nama kat atas : 1. Aku tak pernah jadi ahli PAS, mcmana aku kena pecat. Yg ada pd praya 2004, aku ketuai gerakan kwn2 dlm BA di kg petani, menentang roadshow oleh Mazlan Ismail, Timb Pesuruhjaya PAS yg juga Pengarah Praya PAS PP ketika itu, yg buat roadshow untuk menentang kerjasama PAS dn PKR di seluruh Penang kerana tidak puashati isu pembahagian kerusi. PAS tuntut kerusi sjaya, dan ugut nak bertanding di parlimen ppauh. Org ramai penuh markas PAS Kg petani menjadi saksi dn bertakbir apabila, aku cabar Mazlan utk bertanding 3 penjuru di parlimen Pmtg Pauh... Mazlan kantoi mlm tu. roadshow terpaksa batal, hasilnya, aku buat memorndum kutip ttgn seluruh parlimen ppauh, bantah tindakan mazlan and geng. Kutip duit sorang sikit, tiga biji kereta kami bawa memorandum pi KL, hantar kat tangan Haji hadi dan semua AJK PAS pusat yg kebetulan bermesyuarat Tmn Melewar. Jumpa SU Agung Datuk Mustafa bincang masalah PAS dn PKR di Penang, PAS Pusat nafikan arah PAS penang utk boikot. Papan tanda besar PAS/Keadilan dekat simpang 3 Kubang Semang, dibuat oleh teman2 BA di Kg Petani sebagai simbolik Perpaduan BA ketika itu, kami usung papan tanda besar, jalan jem. Hasilnya praya 2004, kak wan menang dgn majoriti 509..yg lain semua tertungging, termasuk anuar shaari ... masa tu aku belum SU kadun PKR Penanti !

    ReplyDelete
  16. Cikgu Zul..

    Aku tulis penafian kat atas tu selepas aku call Anwar tanya dia status Pak Tam pasal aku nak pi jenguk dia di BM.. pukul 6.30pm tadi aku sampai ke BM.. anak perempuan dia kata Alhamdulillah dia dah mahu makan.. masa tu Pak Tam tidur pasal baru lepas makan ubat..

    Lagi satu.. awat hang marah sangat bila tanpa nama tu kata hang Ahli PAS yang dipecat?

    ReplyDelete
  17. aku memang tak percaya dengan cikgu zul ni dari dulu lagi...depa ni la geng pelingkup PKR...woi anak sungai derhaka hang dok pi layan apa orang macam ni??? geng bodek memang selalu nafikan...mcm zul nordin...

    ReplyDelete
  18. Jawapan utk Anak : Aku bukan baru menulis...sejak zaman reformasi- bermula dgn menulis di laman marhaen dgn nama samaran. Aku tidak berparti ketika itu. Sehinggalah berita2 aku 'dicuri' oleh Seruan Keadilan ( ketika itu permitpun takda- Raja Petra sebagai editornya) Kemudian aku dilantik wartawan sambilan di SK ( tidak guna nama samaran- sebagai ktangan kjaan aku hadapi risiko, kerana prjuangan utk tentang Umno/BN aku sanggup hadapi ) Byk kali aku kena mengadap boss- tapi aku tidak peduli. 1 kata boss, 10 aku jawab. Akhirnya boss malas nak layan org degil mcm aku. Apabila Petra lancar Malaysia Today, Pet ajak aku join- Masa di MT Dr M , melalui pegawai khasnya pernah bantah tulisan aku, Ezam selepas keluar PKR cop aku sebagai penulis upahan, padahal seingat aku, berita dia antara paling byk aku cover sebelum itu, hinggakan Azmin cop aku orang Ezam... Depa yg bergaduh, aku jadi mangsa. Aku juga pernah menuls di siasah apabila editornya, MSO hubungi aku utk menulsi di Siasah ketika itu. Selepas pilihanraya 2008, aku kerja dgn Fairus sebagai PA dia.

    ReplyDelete
  19. Sham .. bukan aku marah, cuma nak beri penjelasan. Yg bawa cerita kartun aku kena pecat dlm PAS ialah geng Mazlan....tapi geng tu sekarng dah hapus dah, bila semuanya dah faham konsep kerjasama PR. Ketika itu aku tidak berparti, tapi aku banyak bekerja dgn PAS di kg aku ketika itu...

    ReplyDelete
  20. Elok la tu,pakat-pakat lawan selak,tengok teloq sapa ada kurap.
    Memang perangai busuk perut sentiasa ada sejak dulu lagi,sebab masing-masing dengki dan perangai sebijik macam paria umno.Ada antara yang menang dalam pemilihan MATC baru ni pun ,masa diamanahkan jadi Pengarah dalam PRK Penanti tempohari kerja tak tera mana jenoh dok cari,,aku cuma ahli biasa dari ranting,,meluat tengok gelagat busuk perut hampa seolah-olah hampa cukup kuat,,menggunakan kelebihan hampa dalam ber blog tapi membusukkan nama parti dan melupakan musuh sebenar parti adalah umno/bn

    ReplyDelete
  21. Jawapn utk Anonymous yg kata aku peniaya Fairus ! sdr lebih percaya kpd ahli Umno @ pengkhianat PKR rupanya ? Sapa di P.Pinang yang kenal Fairus lebih drp aku, Non dan 8 bekas PA dia ? Sapa yg pernah basuh baju, basuh seluar dalam dia, lipat kain baju dia..klu bukan kwn2 di Penanti. Sapa yg pernah 'bergaduh' dn bermasam muka dgn kak wan kerana pertahan problem Fairus pada peringkat awal, dia sebagai TKM1, kamilah aku, Non, hazri dan Rizal Panjang. Fairus dihantar sebagai bidan terjun, 2 hari sebelum penamaan calon. Ketika jentera praya telah kami siap sedia wpun tak tau sapa calonnya. Dia mai lapor diri kat aku dan Non di yayasan Aman, ketika semua duk sibuk pekemas jentera praya. Seblum tu, DSAI dah tel Non - Pengarah Kadun Penanti, bagitau calon Penanti- Anak Guar perahu. Nampak budak baik ketika dia sampai. Bila dengar ceramah semua puji- tak salah pilihan boss. Bilik kecik kat atas yayasan aman tu lah tempat dia tidoq. Yang buat biodata praya dari A - Z yg penipu yg kononnya dia ada 2 master, akulah. Akulah org pertama yg kena kelentong oleh dia...wpun pada peringkat awai aku dah syak, ada sesuatu yg tak kena dgn kelulusan dia ni. Byk cite klu aku nak cite ... Tanyalah Sharpsooter AKA Din Binjai, dia antara terawal marah kat aku, bila aku cite kedaaan Fairus sebenarnya. Tapi last2 dia yg buat sidang media bantai Fairus...setelah kena atas kepala dia sendiri ... hahahah tak gitu Din ??? Berkatalah yg benar, biarpun pahit ...hahaaaaa Tak dak sapa yg penaya Fairus, dia yg penaya diri dia sendiri, pengajaran utk pemimpin yg lain. Jgan khianat amanah rakyat !

    ReplyDelete
  22. Sham ... aku suka kwn2 bangkitkan soalan2 mcm ni...supaya kita boleh bertukar fakta bertukar pandangan. Tapi biarlah secara sihat dan berhemah, tak perlu memaki hamun. Berbeza pandangan, berbeza pendapat bukan bermakna jika membenci seseorang... Pemimpin yg suka diulit pujian, inilah pemimpin yg akan merosakkan parti. Aku pun mcm semua orang, ada yg tak puas hati dgn keputusan dan tindakan parti/pemimpin.Tapi kita kena lihat dalam kerangka yang luas... jika mahu menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  23. Utk anonymous yang tak percaya kat aku ... terpulanglah. Aku tak boleh paksa sdr. sepertimana kita tak boleh paksa Fairus jangan masuk Umno... sebab dia lebih percayakan Najib daripada Nik Aziz..apa boleh buat..demokrasi pilihan masing2.

    ReplyDelete
  24. Buat Anonymuos 10:18pm

    Aku kena berlaku adil buat Cikgu Zul sama.. kalau aku publish semua komen yang menghentam dia tanpa publish komen membela diri dari dia aku rasa tak patut..

    Macam laga ayam.. kalau sejaguh mana sekalipun ayam tu, bila hang ikat kaki dia kat pokok hang bagi berlaga dengan ayam yang tak diikat.. mampiuh la ayam jaguh tu..

    ReplyDelete
  25. Kepada kwn2 yang kata aku pelingkup parti ! Tuduh sesiapa pun boleh tuduh..tapi berikan bukti dan fakta aku pelingkup parti ? Klu ada kawan2 boleh buktikan...esok aku boleh umum masuk Umno ikut Fairus, duit dapat, hutang keta boleh clear ... Duk dlm PKR apa dapat, dpt maki dgn kawan2 adalah ... hahahahaa

    ReplyDelete
  26. Utk Anonymuos 3.38 pm : Tujuan parti mengadakan pemilihan utk memilih pemimpin terbaik, wpun bukan yg terhebat sebagai pengemudi parti. Mencalonkan pemimpin sakit dan tidak sihat, tidak mencapai matlamat dan objektif pemilihan. Aku cukup setuju demokrasi subur dalam pkr. Aku juga tidak setuju pemimpin campurtangan dalam pemilihan, baik Anwar atau Kak Wan. Dalam kes Roselai mengapa dia tarik diri ? Pemimpin yg kuat prinsipnya tidak akan tunduk kepada mana2 ugutan atau pujukan. Ini setelah tarik diri, canang seluruh dunia..kata tangan ghaib campurtangan... suruh tarik diri.. macam mana nak lawan dengan Umno kalu pemimpin macam ni, kena ugut, kena gertak dah tarik diri ... Kes sdr kata hak Pak tam dicabuli tu ... sdr tak perlu bising2, mudah, isi borang bantahan, buat laporan kat JPP, minta siasat, jika perlu minta buat pemilihan semula. Mengapa nak bising2 utk memalukan pemimpin ? Sdr Editor ... lain kali minta yg dok komen tak dak nama tu buh nama, sian kat mak bapa depa buh nama penat-penat.. depa tak mau guna... Lepas ni, komen/kutuk/kritik aku tak buh dak nama .. aku malas layan dah !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post