Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Sekumpulan Ahli Parlimen yang menyokong Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menafikan dakwaan mereka adalah dalang di sebalik serangan peribadi ke atas Datuk Mohd Zaid Ibrahim, seorang lagi tokoh yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu.
"Tiada halangan kepada sesiapa untuk bertanding, namun ia terserah kepada anggota parti untuk menentukannya," kata Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini, dengan ditemani enam ahli parlimen lain.
Beliau berkata, "Saya tidak nampak ia bermaksud serangan, dalam bentuk apa pun dan saya tidak pernah terfikir langsung mengenai hal itu. Jika beliau (Zaid) rasa mampu, kita benarkan dia bertanding dan serahkan kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya."
Zaid melalui kenyataannya semalam bimbang ditimpa nasib yang sama seperti Tun Ghafar Baba sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Malah Zaid mendakwa terdapat percubaan untuk memburukkan namanya melalui blogger Melayu yang diupah, dengan menulis bahawa beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Kamarul berkata cubaan menjatuhkan Zaid hanya dakwaan semata-mata.
"Ia hanya satu dakwaan, lagipun bagaimana percubaan menjatuhkannya boleh terjadi sedangkan Zaid tiada kedudukan dalam parti sejak awal lagi?" soalnya.
Dalam pada itu, majoriti Ahli Parlimen dan Senator dari PKR menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azmin, ahli parlimen Gombak dan juga naib presiden parti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain Zaid dan Azmin, Naib Presiden dan juga Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub turut berminat bertanding jawatan yang sama.
Jawatan Timbalan Presiden kini masih disandang oleh Syed Husin Ali dan beliau masih belum membuat pengumuman mengenai pendiriannya sama ada akan mempertahankan jawatan atau sebaliknya.
Free Malaysia Today

Asalam, Pemilihan pkr, nampak macam umno juga, maklumlah dulu semua jangoh umno jua. Kerja bodoh dan tidak bermorol , dilakukan. sidang media bagi sokongan kpd azmin ali, stategi yg kamu buat itu, lapok,bodoh, memalukan, apakah wakil yg ada tak ada cara yg baru dan lebih baik dari cara umno yg rakyat dah mual dah. Cukuplah dgn cara yg menyakit hati penyokong senyap di luar sini. Kalau tak berubah jua akibat ge13 akan menjadi cerita buruk. Biar kita bertanding cara baru, kempen dgn hormat satu sama lain, Tak usah nak bangkit cerita lama, azmim konon lebih lama dari zaid, ini, kempen bodoh . Kan kita dah kta piliharan secara democracy, kita ikutlah landasan ini. Yg penting kita pilih org yg ada kemampuan membawa perubahan utk pkr,pk,dan rakyat di luar sini. Jangan lah isu dalam keadilan di uwar2kan, jerong yg lapar di luar sedg tungu nak terkap dan makan. Baung budaya, dan styl umno dalam berkepen, biarlah berbudi bicara, fitnah jgn sekali, yg kita takut, pendokong senyap di luar hilang keyakinan.,
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!