Pegawai penyiasat hina mangsa ragut digantung tugas

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Polis telah mengambil tindakan menggantung tugas seorang pegawai penyiasat dari Balai Polis Kepong yang dikatakan memarahi seorang wanita mangsa ragut yang tidak pandai berbahasa Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai tersebut kini akan menjalankan tugas pentadbiran di pejabat sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 28 Ogos lepas, seorang wanita Cina telah datang untuk membuat laporan berhubung kes ragut yang melibatkan beliau di balai tersebut dan mendakwa telah dimarahi pengawai penyiasat itu yang turut memintanya agar pulang ke negara China.

Berikutan tindakan pegawai itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di balai yang sama pagi ini.

Muhammad Sabtu berkata beliau akan memastikan kes tersebut disiasat secara telus dan saksama, serta tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapat melakukan sebarang salah laku.


Bernama

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. salam,

    satu tragedi yang tidak sepatutnya berlaku. Jika wanita cina itu adalah seorang warganegara China memang tidak wajar diperlakukan demikian tetpai jika warga tempatan satu persoalan lain adalah mengapa kebanyakkan warga malaysia bukan melayu masih belum fasih berbahasa melayu? kerana kita gagal bertindak diperingkat awal lagi. Lihat seperti Indonesia dimana setiap warga mendaulat bahasa indonesia dlm apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  2. Salam, memang betul, kalau beliau mengaku ini negeri dia, mestilah dia tahu berbahasa kebangsaan. Dia dah tinggal di Malaysia sejak dia dilahirkan tapi orang Bangla, orang Vietnam dan mana bangsa asing lain tahu nak bertutur Bahasa Melayu. Memang saya pun sakit hati macam pegawai penyiasat tu. Jangan dok salahkan beliau, kenapa mesti kita tunduk pada orang yang titak menghormati negeri dia Malaysia. Malalaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post