Apa rasionalnya ini semua? 20 Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Rasanya biarpun keseluruhan MP dari PKR menyatakan mereka menyokong Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden ini belum boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menunjukkan sokongan dari 400,000 ahli PKR kepada Azmin Ali dan ini juga tidak boleh digunakan untuk mengatakan 400,000 ahli PKR menolak Zaid Ibrahim.
Ini kerana pada pemilihan kali ini undi terletak ditangan Ahli bukan lagi ditangan perwakilan, jadi kalau 20 ahli telah menyokong maka masih ada lagi 399980 Ahli yang belum menyatakan pendirian mereka.
Peratusan 20 orang itu hanyalah 0.00005% sahaja dari keseluruhan ahli PKR.. Jadi Azmin perlu berkerja lebih keras lagi dan Dato Zaid Ibrahim masih mempunyai harapan lagi..
Perlu juga diingat ada diantara MP MP tersebut sendiri yang mendapat tentangan di peringkat Cabang masing-masing dan kemenangan mereka sendiripun belum tentu dijamin.
Bagi mereka yang menyatakan sokongan secara terbuka ini, mereka mungkin bertujuan untuk mempengaruhi ahli-ahli PKR untuk turut mengundi Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.
Sebenarnya anda silap Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. pandangan akar umbi dan pandangan dari pimpinan terhadap Azmin Ali ini amat berbeza..
Anda memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang berkelayakan.. akar umbi pula memandang Azmin Ali sebagai Pemimpin yang Elit… Elit macam Najib!

20 MP PKR sokong Azmin Ali tanding jawatan timbalan presiden
PETALING JAYA, 6 Sept — Seramai 20 ahli Parlimen PKR mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.
Kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas melahirkan sokongan mereka berdasarkan pada kelayakan dan pengalaman Azmin.
“Berdasarkan itu (kelayakan dan pengalaman), kami ahli-ahli Parlimen dan Senator mengisytiharkan sokongan kami kepada Azmin Ali sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti,” kata Kamarul.
Tidak kelihatan pada pengumuman yang dibuat di ibu pejabat PKR di sini hari ini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat PKR dan Ahli Permatang Pauh.
Jawatan itu akan turut ditandingi Datuk Zaid Ibrahim yang pagi tadi menulis dalam blognya bahawa beliau menerima serangan sejak mengumumkan pendirian mahu bertanding kali ini jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan turun gelanggang.
Zaid mengumumkan perubahan pendiriannya untuk bertanding minggu lalu.
Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi di bawah sistem secara langsung antara 29 Oktober dan 21 November ini.
Selain Zaid dan Azmin, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan pengerusi biro persefahaman agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty.
Penyandang jawatan Senator Dr Syed Husin Ali dilihat akan mengosongkan kerusinya.
Meskipun 20 Ahli Parlimen dan Senator dikatakan menyokong Azmin ke jawatan nombor dua itu, hanya enam daripada mereka hadiri pada sidang media hari ini iaitu Kamarul, Zuraida Kamaruddin (Ampang), S. Manickavasagam (Kapar), Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff (anggota Senat dari Pulau Pinang).
“YB Azmin Ali adalah pemimpin kanan yang telah melalui pelbagai cabaran, keluarganya diaibkan ketika beliau mengetuai gerakan reformasi," kata Kamarul yang juga ketua PKR Negeri Sembilan.
“Kepimpinannya dan ketabahannya telah diuji dan sebagai pengasas kanan parti, beliau bersama (Presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa parti ke tahap yang lebih gemilang," katanya.
Kamarul juga memberitahu, pihaknya akan menyokong ahli-ahli Parlimen lain yang bertanding pada pemilihan kali ini.
The Malaysian Insider
jgn la dsbb kn pemilihan ni korg bgaduh sesame sendri.....penting kn ape pejuangn parti....adoi ai, riso aku nih.....
ReplyDelete............................bdk2je=)
Jangan takut... bergaduh adik beradik saja ni..
ReplyDelete"Sebenarnya anda silap Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. pandangan akar umbi dan pandangan dari pimpinan terhadap Azmin Ali ini amat berbeza..
ReplyDeleteAnda memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang berkelayakan.. akar umbi pula memandang Azmin Ali sebagai Pemimpin yang Elit… Elit macam Najib!" Ayat ini memang tepat sekali... Saya pernah berhadapan sendiri dengan YB Azmin dengan menjemput beliau utk hadir ke Cabang Saya dan beliau mengatakan setuju tetapi apabila hampir masa dan tarikh undangan beliau langsung tidak menjawab telefon atau membalas surat dan message yang telah saya hantar. macam ni ke dinamakan pepimpin!!
arap2 mcm tu ler abg ASD....eh2 tak bole abg, dh pangkat pakcik sptt nye =p hehehehe~~~
ReplyDelete....................bdk2je=)
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!