Pemilihan PKR : Johari tak mahu layan

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Petani tidak akan tunduk pada tuntutan P Jayakumar, yang tewas dalam pemilihan lalu bagi merebut jawatan yang disandangnya.

“Itu hak dia untuk buat laporan polis. Saya hormati tindakannya itu tetapi saya minta beliau juga hormati keputusan ahli yang memilih saya sebagai Ketua Cabang Sungai Petani. Kenapa mahu pertikai keputusan setelah berpihak kepada saya, sedangkan proses undian dipantau setiap masa,” katanya.

Menurutnya, tuntutan supaya dibuat semula pemilihan dan pengundian di cabang itu tidak perlu ‘dilayan’ dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR untuk membuat keputusan.


“Saya tiada kuasa untuk menyekat atau minta pemilihan dibuat semula semata-mata ada pihak yang tidak puas hati. Hanya Jawatankuasa Pemilihan parti yang berhak putuskan,” katanya.

Kelmarin, Jayakumar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berikutan tidak puas hati terhadap pemilihan PKR Cabang Sungai Petani dan meminta diadakan semula pemilihan. Jayakumar mendakwa berlaku penipuan ketika kiraan undi apabila keputusan undi berpihak kepada Johari Abdul yang memperoleh 315 undi, sedangkan pada kiraan pertama sebanyak 417 undi berpihak kepadanya.

Johari berkata, tidak berlaku penipuan seperti didakwa, kerana semua pengawas yang terlibat ketika proses pemilihan adalah daripada PKR Pusat dan proses berjalan seperti pilihan raya sebenar.

“Semua wakil calon ada ketika pengiraan. Mungkin ada salah faham ketika itu kerana pada peringkat pertama dibuat proses menggulung kertas undi, kemudian barulah diagih ke dalam tong undi saya ataupun Jayakumar,” katanya.

Menurutnya, tindakan Jayakumar membuat laporan polis berhubung perkara itu disifatkan sebagai tidak teliti, memandangkan dalam perlembagaan parti laporan polis yang dibuat tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan dianggap melanggar etika parti dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

“Sepatutnya sebelum membuat laporan polis, perlu membuat bantahan atau protes pada Jawatankuasa Pemilihan terlebih dahulu. Protes itu tidak salah, ianya boleh dibuat dalam tempoh seminggu jika ada bukti dan menggunakan borang protes,” katanya.

Johari berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu termasuk melihat perkembangan protes berkenaan, sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Saya akan lapor pada Jawatankuasa Pemilihan jika ada yang tak kena. Bagaimana pun saya lebih selesa ambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada wajar atau tidak perkara itu dibangkitkan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya protes berkenaan berasas, siasatan akan dibuat manakala jika didapati tidak berasas, protes itu dianggap tidak berlaku.

“Protes hendaklah dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan di Kuala Lumpur menggunakan borang protes serta dikenakan bayaran RM50. Jawatankuasa akan siasat dan buat keputusan," katanya.


Sinar Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. menang pulak , kata tewas itu hari?, bro tak mahu ulas ke?, kadang kadang kita melihat skop yg lebih besar utk kebaikan parti keseluruhannya walaupun secara peribadi banyak yg tak puas hati cara pemilihan ini, masing masing berentap sesama team maka masing masing nk menang

    ReplyDelete
  2. Mula-mula hari tu.. aku dengar dia kalah.. lepas tu menang pulak..

    Nanati kalau aku dapat info dari sana, baru akua ulas.. Insyaallah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post