
Tindakan mereka itu telah menyebabkan PERKASA bertukar menjadi KERA SUMBANG atau orang utara kata KERA LUKU.. kah.. kah… kah..
Bila dah menjadi kera Sumbang tu.. rasanya nama pertubuhanpun wajarlah ditukarkan juga.. apa kata dinamakan dengan PERKASU pula? (PERtubuhan KerA SUmbang).. kah.. kah.. kah..
Apa Ibrahim Ali nak kata kali ini.. sudahlah Kerusi Parlimen Pasir Mas UMNO tetap akan bertanding seperti biasa dan tidak akan menyokong Ibrahim Ali jika beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke13 sebagai calon bebas..(laporan penuh sila baca di SINI).. hari ini pula BN mengistiharkan akan menjauhkan diri dari PERKASA pula..
Bila menjauhkan diri tu.. maksudnya tidak mahu berkawanlah.. suatu masa dulu PERKASA pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan mereka dalam PRU yang akan datang.. kalau begitu siapa Ibrahim Ali dan PERKASA akan sokong kalau seluruh komponen BN tidak mahu rapat atau bersikap memusuhi mereka...
Nampaknya kali ini Ibrahim Ali terpaksa mengerahkan seluruh ahli PERKASA supaya menukarkan alamat mereka ke kawasan Parlimen Pasir Mas untuk menjadi pengundi dikawasan itu bagi menunjukkan sokongan padu kepada beliau sebagai Presiden PERKASA dalam PRU13 ini..
Kalau tidak dilakukan begitu.. maka selepas PRU ke 13 ini terpaksalah Ibrahim Ali mencari kerja lain..
Hari itu dia cadang nak berniaga Surat Khabar, malang sungguh surat khabarnya tak laku tapi dia kata pengedar takut untuk mengedar Surat Khabar terbitan PERKASA itu..
Komponen BN dah istiharkan akan menjauhi PERKASA.. kita nantikan pula apa yang akan dilakukan oleh Blogger Pro-UMNO yang mengatakan mereka menyokong PERKASA, terutama sekali Blogger Bukan Melayu yang terlebih Melayu dari Melayu itu.. Adakah mereka akan terus menyokong PERKASA?
Berita berkaitan
13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA
2010/09/09
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.
Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.
"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin.
Berita Harian Online
percayalah, melayu akan lingkup angkara melayu juga. diwaktu itu bangsa lain akan menggantikan bersama2 dengan perlembangaan dan agama, kesamarataan dilaungkan, melayu akan menggigit jari...
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSetuju ngan dr 1221, tp bukan berlaku pada masa akan dtg. realitinya, skrg ni, yg melayu makan melayu itulah melayu UMNO, tak percaya? tanyalah kepada kontarktor kelas f (90% melayu tu)yg belambak kena bagi 'sumbangan' kepada parti melayu, untuk orang melayu, demi untuk melayu, tapi akhirnya terus me layu
Wei Mamak kuty baru ditabalkan jadi rajagopal...kasi lah dia berangan sikit...Raja kepada segala Kera...
ReplyDeleteke....ke................ke..
Tulah lawan lagi Nik Aziz.
ReplyDeletePadan muka.
Kalau tak ada Nik Aziz mampus lu.
Macam melepaskan anjing tersepit.
"I know you".
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!