PERPECAHAN YANG PERLU DI ELAKKAN

Ada pihak yang mengganggap pertandingan ini kan mencetuskan perpecahan didalam PKR, jika tidak berpecahpun mungkin akan ada hati yang terguris.. Semoga ini dapat dielakkan dan tidak berlaku hendaknya.. umpama 'Biduk Berlalu Kiambang Bertaut'

Kita bertelagah hanya semasa pemilihan saja ya...


Undilah CheguBard!!

PERPECAHAN YANG PERLU DI ELAKKAN
KedahLanie

Di dalam kerancakkan pemilihan PARTI KEADILAN RAKYAT ini saya merasa terpanggil untuk mengulas serba sedikit apa yg berlaku di sekeliling saya.Walaupun saya tidak terlibat dengan pemilihan PKR namun ia sedikit sebanyak menarik perhatian saya,tambahan pula perdebatan memasuki FACEBOOK.Semua orang sedia maklum platform FACEBOOK di gunakan sebagai medan berpolitik dan berhujah secara efektif.Mahu tidak mahu FACEBOOK membuka lembaran dan lapangan yang baru untk berdebat mahupun berkongsi pendapat dengan kawan-kawan di seluruh MALAYSIA secara amnya.

Ingin menyentuh isu pemilihan CALON KETUA AMK PUSAT yang semakin di perkatakan,satu kumpulan telah menawarkan diri secara rasmi untuk bertanding merebut beberapa jawatan dalam AMK PUSAT dan juga KETUA AMK PUSAT.Terbit beberapa nama yang popular dengan AMK seperti SHAMASUL ISKANDAR MAT AKIN,FARIZ MUSA,CHEGU BARD,AMIR SHAARI,NIK NAZMI dan lain-lain lagi.Tetapi inilah nama-nama yang meniti di bibir ahli di bawah membicarakan tentang ketokohan mereka ,keberanian mereka dan pengorbanan mereka.Yang membezakan mereka ini mungkin gelaran SEPERTI YANG BERHORMAT yang memisahkan mereka ,ada yang menjadi ADUN dan ada yang menjadi BEKAS CALON.Namun mereka yang di sebutkan tadi tetap mempunyai daya penarik masing-masing.Ini yang di katakn ILMU POLITIK,siapa yang pandai mengambil kesempatan dan ruang yang ada mereka akan dilihat menonjol.

Menyentuh mengenai isu CALON PASSWORD,iaitu calon yang kononnya mendapat restu pimpinan atasan.Ini fenomena biasa yang berlaku di dalam pemilihan sesebuah parti politik yang berdaftar di MALAYSIA INI,Cuma keterlaluan atau tidak itu belum pasti kerana acara kempen sedang berlaku.Pada pendapat peribadi saya calon yang menggunakan nama-nama pimpinan atasan untuk meraih sokongan dalah satu langkah tidak bijak,di dalam dunia politik jika tersilap langkah kesannya mengambil masa yang lama untuk di pulihkan.Isu calon BIDAN TERJUN semestinya timbul dan tidak dapat di elakkan.

Ini semua adalah rencah untuk mematangkan PARTI KEADILAN RAKYAT di dalam menghadapi dunia politik yang baru.Ada pihak yang bimbang sekiranya pemilihan kali ini akan berlaku pepecahan.Bagi saya ia tetap akan berlaku,Cuma perpecahan yang minimum atau maksimum itu saja!yang kalah semestinya akan menjauhkan diri dan itu lumrah pertandingan, ada menang dan ada yang kalah.Namun ini semua dapat di atasi jika masing-masing faham niat asal iaitu MENYELAMATKAN MALAYSIA dan TUMBANGKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.Jika ini ada di dalam diri setiap pimpinana yang KALAH nescaya perpecahan dapat di minimunkan,tetapi ia tetap akan berlaku.

PARTI KEADILAN RAKYAT harus berbangga kerana merka merupakan pelopor dengan merintis jalan ke arah penyuburan DEMOKRASI di MALAYSIA,dengan cara memberi peluang kepada seluruh ahli parti untuk memIlih calon yang mereka rasakan boleh memantapkan PARTI KEADILAN RAKYAT.PARTI KEADILAN RAKYAT telah mendahului di dalam proses penyuburan demokrasi,dengan menghapuskan sIstem PERWAKILAN sebagai pemilih untuk menentukan pimpinan sesebuah PARTI POLITIK di MALAYSIA..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post