Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Isunya ialah beliau bukan Islam dan Tidak menutup aurat..



Bagaimana pula dengan gambar-gambar diatas dan juga dibawah.. seorang isteri kepada pemimpin Negara membaca Al-Quran sambil mendedahkan auratnya dalam majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Seri Perdana .

Hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat adalah jelas mengatakan yang ianya adalah haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Malang sekali kerana seorang ustaz yang turut kelihatan berada di situ juga takut untuk menegurnya.. mungkin beliau takut elaunnya dipotong atau beliau dipecat.. jadi bagi mengelakkan itu semua menimpanya.. beliau bertukar menjadi Syaitan yang Bisu…

Mana Pengarah MAIS?? Tegurlah kalau berani!!





Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kiri)
ketika membacakan surah-surah lazim pada majlis Khatam Al-Quran
di Seri Perdana di sini, hari ini. Turut sama Ustaz Ahmad Shubki Osman.

Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup Aurat

SOALAN 1
APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?

JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.

Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.

Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.

Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:

Adab secara batiniah

* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.

* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.

* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.

* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .

* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.

* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.

Adab secara lahiriah

* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.

* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .

* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.

* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.

~

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Satu penemuan yang bagus...

    Kalau melibatkan bab begini, jelas, Najib perlu menegur isterinya kerana tidak menutup aurat ketika membaca alquran.

    Pendedahan ini bagus.... Semoga menjadi ikhtibar semua.

    Yang salah tetap salah...

    T.Kasih.

    ReplyDelete
  2. sebab tu masa kecik2 dulu saya selalu konpius.

    ustaz kata menutup aurat itu wajib. tapi bila saya lihat orang besar-besar.... hmmm

    ReplyDelete
  3. ngapa la ko dengki sgnt. jahat btul la pas ni.

    ReplyDelete
  4. patut le nik aziz kata islam boleh mencarut...sbb aku dah start nak mencarut je dah bila tgk gambo tu.kurus posa....

    ReplyDelete
  5. Buat Aninymous 2:22pm

    Tegur yang salah pun hang kata aku dengki?? boleh aku tahu apa ugama hang?

    ReplyDelete
  6. Anon,

    Mentaliti Melayu Elit ialah, pantang ditegur Melayu tu, macam kaulah, akan melenting sakan macam berok. Dan Melayu yang tak elit, pun macam kaulah, akan melenting bila orang tegur Melayu Elit macam Rosmah, kau jadi berok dulu sebelum dia. Kalau Rosmah suami Najib tak tahu jaga aurat dalam majlis agama, itu tanda Najib sah kena Queen Control. Nak buat macam mana kalau dah Rosmah bukannya seorang Queen tapi QUEAN!

    ReplyDelete
  7. ni bukan bab dengki wei...ni hukum dan tauladan gak pda yg lain2 tu jgn suka ati je ingat kau beso dari tuhan wpun jd isterik PM.ada ustad jeling jer..sound kang miss soru plak yek...

    ReplyDelete
  8. Hehehehe...

    Sabar bro jangan marah kat budak-budak PENCACAI um-NGOK nie, pemimpin dia pun memang dah BANGANG inikan pulak budak suruhan lagi la BAHLOL.

    -madir-

    ReplyDelete
  9. ntahnye..bkn psl dengki..psl menegur salah org yg beragama islam..ada pahammmm...

    ReplyDelete
  10. Kalau tutup aurat semua nanti nampak tak cun, ada open sikit2 baru lah ada glamor, wa caya lah glamor beb

    ReplyDelete
  11. tumpang tanya diluar topik...
    Website malaysia-today RPK ada problem ke atau dah kena blocked? seharian aku tak leh buka.

    ReplyDelete
  12. Buat Anonymous 7:49..

    Buat sementara waktu ni tiada info lagi..

    ReplyDelete
  13. tak payah la mengada-adakan hukum.. mana nas al-quran dan hadith yang mengatakan baca al-Quran kena tutup aurat? ijmak ulama' mana ntah yang di ambik..

    senang cite, kalau perempuan tgh masak, nak bc al-fatihah, xkan kena ambik wuduk, pakai telekung br boleh baca?.

    jangan pendek akal laah. tak tutup aurat satu hal. memang salah..

    tapi baca al-quran tak tutup aurat mana salah?

    ni lah jadinya bila taksub sgt dgn politik. hukum agama pun diada-adakan!!

    ReplyDelete
  14. penuh kan ilmu di dada sebelum kita menentukan halal dan haram... menutup aurat hukumnya wajib..itu memang sahih tp menutup aurat ketika membaca Quran adalah adap dan hormat kita terhadap Kalam Allah. Begitu juga dengan berwudhuk jika kita hendak memegang Quran...jika kita telah hafaz mana2 surah dari Quran, maka kita boleh membacanya pada bila2 masa walaupun tanpa wudhuk...tidak menjadi kesalahan atau dosa...

    Maka, sebagai muslim sejati...cari la jawapan yang tepat kepada setiap persoalan yang kita hadapi dari rujukan ilmu yang lebih arif...bukan terus menuduh berlandaskan ilmu yang cetek...dan lebih teruk lagi jika kita menjadi peng'iya' kepada maklumat yang salah...wallahualam....

    ReplyDelete
  15. Itulah aku cakap kau ni Anon pantang ditegur, kalau macam tu lah otak kau apa tak suruh Rosmah baca Quran dalam masjid pakai coli dan seluar dalam aje kalau nak tunjuk sangat yang tak ada nas dan hadis quran tu?

    ReplyDelete
  16. salam,
    saya setuju dengan komen Anonymous 1:10PM di atas. rasenye tiada nas quran atau hadith yg kata baca quran tak tutup aurat hukumnye haram. bab2 halal haram ni sgt besar. kita tak boleh simply kata sesuatu perkara itu halal atau haram tanpa nas atau hadith yg kukuh.
    yang halal itu tetap halal, yang haram itu tetap haram (rujuk hadith ke 6 dalam hadith arbain imam nawawi). kalau penulis ada nas/hadith yg boleh disertakan sekali adalah lebih baik. jika ada, maafkan saya diatas kecetekan ilmu agama, saya masih belajar. akhir sekali, ingin saya katakan komen ini tidak berpihak kepada mana2 parti politik atau mana2 persatuan. cuma ingin berkongsi ilmu dan pengetahun. harap maaf kalau ada yang tersinggung. selamat hari raya, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  17. Saya teringat berkaitan dng hadis yg mengatakan ulamak itu adalah pewaris nabi s.a.w., mahahtir sendiri berkata di parlimen bahawa beliau tidak pasti akan kesahihan hadis tersebut. Begitulah org umno macam juga org yahudi mereka nak ikut hukum yg sesuai dng hati dan nafsu mereka. Hukum yg tidak sesuai dng nafsu mereka, mereka timbulkan macam2 keraguan atau perlekehkan.

    Tengoklah juga dlm youtube apa kata dr. mashitah mengenai pelacuran dan hukum hudud. Ulama umno diam tak berbunyi, begitu juga dng pengerusi mais dan pengarah jais. Mereka cari makan: hukum tolak tepi.

    ReplyDelete
  18. susah baser sek sek nih.....bakperla bongok sangat....tau dok menda tu aurat? bukan urat....letih cakap ngan orang gni...

    ReplyDelete
  19. Assalammu'alaikum semua,

    masalahnya bukan tak tutup aurat ketika membaca quran. Betul, tiada dalil dan larangan tentang ini tetapi ada dali dan perintah untuk tutup aurat - rambut wanita...ini masalahnya dari mula.

    Kalau wanita dirumah, privately, boleh membaca tanpa menutup rambut. Bukankah lebih afdal dan beradab ketika membaca Al-Quran?

    Wallahualam bisawab

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post