Hassan Razak menasihati Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kulim Bandar Baharu, Mohamad Khairul Azmi Rosli serta ahli-ahlinya supaya tidak bersikap emosional dalam isu tuntutan kerusi Parlimen berkenaan..
Kalau Ustaz Hassan kata jangan emotional.. aku pula kata jangan perasan hangpa tu dah kuat..
KULIM - Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak menasihati Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kulim Bandar Baharu, Mohamad Khairul Azmi Rosli serta ahli-ahlinya supaya tidak bersikap emosional dalam isu tuntutan kerusi Parlimen berkenaan oleh Pas pada pilihan raya akan datang kerana mereka ternyata tidak memahami kenyataannya sebelum ini.
Hassan berkata, Pas tidak bermaksud hendak berkeras dengan PKR dalam isu tuntutan itu sebaliknya akan lebih mengutamakan perpaduan dan kerjasama dengan parti berkenaan.
“Memang kita minta tetapi jika perlu dibuat pilihan antara kerusi Parlimen dengan keperluan untuk menjaga hubungan dengan PKR, kita akan pilih PKR. Apa yang kita suarakan ini kehendak ahli. Jika sampai terjejas hubungan dengan PKR, tak payahlah kita ikut (ahli).”
“Keputusan berhubung soal kerusi akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Mereka yang lebih faham mengenai perkara ini. Saya percaya ahli Pas di kawasan ini tidak ada masalah untuk patuh pada keputusan pemimpin di peringkat atasan,” katanya.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, Mohd Khairul Azmi menyuarakan ancaman AMK Kulim Bandar Baharu untuk memboikot calon Pas pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berterusan menuntut kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR.
Hassan menjelaskan, apa yang disuarakannya bukan soal berebut kerusi Parlimen tetapi permintaan ahli Pas supaya peluang bertanding diberikan kepada mereka yang bimbang ‘pisang akan berbuah dua kali’ setelah Ahli Parlimen yang mewakili PKR sebelum ini, Zulkifli Nordin berpaling tadah menjadi wakil rakyat Bebas.
“Sebagai ketua Pas di sini, saya kena bawa suara ahli. Apabila dibawa kepada perbincangan dan diperhalusi perkara itu, pemimpin yang akan buat keputusan sama ada nak ikut cakap ahli ataupun tidak. Apabila tiba masanya kelak, kita kena jelaskan kepada ahli sama ada apa mereka minta itu dipenuhi ataupun tidak. Jika tidak dipenuhi apa sebabnya, kita akan jelaskan rasional di sebalik keputusan itu,” katanya.
Hassan mengakui, jika perpaduan antara parti PR tidak diutamakan, mana-mana calon sama ada daripada PKR ataupun Pas akan berhadapan dengan masalah pada pilihan raya umum nanti.
“Ini boleh menjejaskan peluang kita untuk menang. Takkan kita nak pilih jalan yang bermasalah semata-mata kerana nak berebut bertanding?,” katanya.
Hassan juga mengakui, apa yang disuarakannya memang kehendak kesemua 42 cawangan Pas dalam Kulim Bandar Baharu namun apa yang akan lebih dipentingkan adalah peluang untuk menang menerusi kerjasama semua parti PR.
“Tanpa perpaduan antara parti, bubuhlah calon mana pun, kita akan kalah. Bubuh PKR, PKR kalah. Bubuh Pas, Pas kalah. Mereka seharusnya memahami kenyataan saya,” katanya.
Sinar Harian

cribenFnozaWilmington Natalie White https://wakelet.com/wake/mYu2JZHP1TmkzLkjNZgRx
ReplyDeletefidniginnoa
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!