‘Wajah sebenar’ PKR terserlah! Begitulah anggapan para pemerhati apabila membicarakan wujudnya "pertikaian" di antara ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPP) Zaid Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali.
Dan antara Zaid dan Azmin itu, biarpun Zaid Ibrahim datangnya dari UMNO tetapi Azmin Ali kelihatan lebih UMNO dari Zaid Ibrahim sendiri, Azmin dikatakan lebih banyak menguna pakai strategi UMNO berbanding Zaid..
Oleh Syed Jaymal Zahiid
ANALISA BERITA: ‘Wajah sebenar’ PKR terserlah! Begitulah anggapan para pemerhati apabila membicarakan wujudnya "pertikaian" di antara
ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPP) Zaid Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali.
Ketika mana dijangka empat calon akan berentap untuk jawatan Timbalan Presiden pada pilihan raya parti November depan, Zaid dan Azmin dianggap sebagai dua tokoh utama yang akan bertarung sengit.
Kedua-dua puak menuduh di antara satu sama lain, menggunakan taktik secara rahsia dan bijak ketika kempen semakin giat dijalankan dan para pemerhati percaya kaedah baru mengundi secara terus dalam pilihan raya kali ini akan menonjolkan "wajah sebenar" PKR.
Zaid, bekas menteri Umno menjadi sasaran serangan peribadi dan beliau menyalahkan kem Azmin tentang serangan ini. Tetapi penyokong Azmin menafikannya.
Sejak beliau menyertai PKR pada 2009, keputusan Zaid untuk bertanding bagi merebut jawatan nombor dua itu telah menarik kritikan pedas dari portal berita online, kebanyakannya kritikan terhadap peribadi.
Blogger diupah?
Zaid sendiri mengeluh dalam blognya mengenai beberapa pihak cuba memperlekehkannya dan seorang blogger didakwa diupah untuk merosakkan imejnya.
Adalah difahamkan bantahan terhadap pencalonan Zaid adalah kerana beliau bersikap terus terang dan idealisma reformasi yang cuba diperkenalkannya bercanggah dengan ketetapan dan amalan PKR.
Langkah Zaid juga dilihat sebagai penghalang kepada usaha terbaru parti itu untuk menawan hati orang-orang Melayu sebagai tunggak kekuatan dan menjadi tulang belakang parti itu untuk mara ke Putrajaya.
Ketua Umum Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pertarungan untuk merebut kuasa persekutuan bergantung kepada pertarungan menawan hati dan minda pengundi Melayu dan penyusunan semula struktur parti memperlihatkan usaha ke arah ini.
Sumber-sumber berkata, pelantikan beberapa ahli yang taat setia untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam parti adalah merupakan langkah yang teratur dan Anwar tidak berganjak dari pendirian untuk mengekalkan rangka kerja ini.
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, penyokong Azmin, sebagai pengarah komunikasi yang baru merupakan salah satu contoh.
Begitu juga dengan langkah Anwar untuk mengiktiraf barisan bakal ketua angkatan muda Rafizi Ramli di mana 80% daripadanya adalah para penyokong Anwar dan Azmin.
"Satu contoh yang ketara ialah cara bagaimana Nik Nazmi menggunakan jawatan barunya itu untuk berkempen bagi pihak calon-calon ini," dakwa penyokong Zaid.
Oleh yang demikian, semua pemimpin dan ahli dijangka akan meluluskan pakatan Anwar-Azmin ini, kerana kedua-dua mereka berkongsi kefahaman yang serupa mengenai perancangan dan strategi.
Mereka berkongsi kesefahaman tentang perlunya PKR menjalankan segala usaha bagi menembusi kubu para pengundi Melayu jika ia mahu menyahkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Azmin datang dari segelintir pemimpin PKR yang mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi terutama di kalangan para penyokong Melayu.
Zaid menjadi ancaman kepada pakatan
Kehadiran Zaid kata sumber-sumber parti, merupakan ancaman secara langsung kepada pakatan ini. Apabila seorang bekas menteri undang-undang mendesak supaya ahli-ahli mengundinya bagi melaksanakan "perubahan yang sebenar", beliau tidak sedar bahawa beliau telah mengusik sarang tebuan.
Dengan secepat kilat selepas itu, beliau dituduh sebagai agen Umno, "kuda tunggangan" yang dihantar untuk memusnahkan PKR.
Zaid juga mencadangkan supaya Anwar "secara demokratik" bertanding untuk jawatan presiden, di mana sumber dalaman parti menyifatkannya sebagai "kenyataan berbau cabaran memandangkan PKR hanya berkisar kepada seorang sahaja, Anwar Ibrahim."
Cadangan itu tidak dapat diterima dengan baik oleh kedua-dua penyokong Anwar dan Azmin yang menyifatkan "ahli baru ini" telah melanggar batas.
"Ini bukan pertama kali Zaid secara terbuka mencabar Anwar," kata penyokong Zaid.
"Ingat tak isu Zulkifli Noordin? Zaid mahu beliau dipecat apabila Anwar dan Azmin merasakan hukuman seperti itu akan memberi kesan buruk kepada PKR dalam usaha mendapatkan sokongan orang-orang Melayu," tambahnya.
Kem Azmin sangat prihatin
Kem Azmin sangat prihatin tentang kempen Zaid di peringkat akar umbi dan sokongan terhadap beliau semakin kuat terutama di negerinya Kelantan, Kuala Lumpur termasuk Sabah dan Sarawak.
Buktinya kata sumber itu, ialah mesyuarat di antara Anwar dan semua pemimpin cabang di Kuala Lumpur pada pertengahan minggu lepas.
Walaupun tidak dapat disahkan, Anwar dikatakan mengarah pemimpin-pemimpin cabang untuk menyokong pencalonan Azmin.
Adalah difahamkan Zaid cuba mendapatkan sokongan puak anti-Azmin seperti pengarah strategik Tian Chua dan naib presiden R Sivarasa.
Kedua-dua Tian Chua dan Sivarasa bersikap dingin ketika sidang media kelmarin di mana 18 ahli parlimen PKR dan dua senator menyatakan sokongan mereka kepada Azmin.
Kem Zaid persoal sidang media
Kem Zaid mempersoalkan tujuan disebalik mengadakan sidang media itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan menyatakan ini merupakan isyarat sokongan Anwar terhadap Azmin walaupun pemimpin pembangkang itu kelihatan tidak campur tangan.
"Sidang media itu membawa mesej yang sangat jelas kepada Zaid supaya tidak bertanding," kata pegawai parti, yang enggan namanya disebut.
Sementara itu, FMT mendapati kem Azmin sedang berusaha lebih keras untuk membalas kempen Zaid.
"Kami tidak ada pilihan. Kami terpaksa menentang beliau (Zaid) dengan habis-habisan dan kami sedang melakukannya sekarang ini," kata seorang penyokong Azmin.
Bagi mereka yang tidak memihak, usaha murni untuk memupuk amalan demokrasi yang sihat dalam PKR bertukar menjadi masalah, ada yang menyifatkannya seperti pilihan raya dalam Umno.
Free Malaysia Today
>

Jika dilihat PKR pada ketika ini dibayangi oleh Anwar.Ini menunjukkan PKR adalah Anwar dan bukan parti demokratik bebas untuk rakyat. Jika parti ini dapat bertahan dengan lebih lama lagi maka pengaruh kumpulan dan individu tertentu yang melambangkan kepada sesbuah parti harus dihapuskan dan ianya juga mencegah kepada pembubaran parti jika parti itu hanya mangharapkan kepada segintir pemimpin sebagai talian hayat.
ReplyDeleteSalam sjastra, Pemilihan pkr ini sedikit sebanyak akan memberi keburukan kpd parti, azmin dan zaid dgn ego nya, seperti di laporkan azmin tulis surat dgn khalid, sekira zaid jadi calon hulu slangor, ini yg akan berlaku, azmin memang betul azmin yg lebih umno dari zaid, segala stretegi memang umno punya style. Sandai azmin membawa budaya ini, walaupun lama dlm pkr, itu bukan teket mudah utk memenangi timb presiden. Harus di ingat, kemen yg gila2 dan bodoh,ini tidak harus belaku, undi anda kan di tentukan perwakilan nanti. Tak usah guna rasuah, andai gua rasuah maka secara lazim pemimpin yg bagi rasuah itu, adalah pemimpin yg rasuah. Fiki2lah jag kita lupa tujuan asal kita yg lah memnjadai pemerintah yg bisa membawa perubahan kpd rakyat dan malaysia.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!