Sep 24, 10 4:42pm
Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.
Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.
"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.
“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.
Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.
Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.
"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.
"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.
Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.
Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.
Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.
Malaysiakini

salam, blog tuan sudah dipaut.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeletePERCAYALAH, SEMUA KARYA2 KARTUN ZUNAR SGT2 MERBAHAYA IAITU BOLEH MENGANCAM KETENTERAMAN AWAM DAN BOLEH MEMPENGARUHI ORANG RAMAI & ORANG RAMAI AKAN MERUSUH TERHADAP KERAJAAN (SAMBIL KETAWA) SELEPAS MEMBACA MAJALAH TERSEBUT!
ORANG RAMAI AKAN MERUSUH (SAMA MACAM PERISTIWA 13 MEI 1969) SAMBIL KETAWA KE ATAS KERAJAAN UMNO, SANGAT MERBAHAYA KE ATAS KETENTERAMAN AWAM.
azlishukri....
ReplyDeleteMembanteras Kepalsuan,Kezaliman dan Kemungkaran Parti Pembangkang??? memang sesuai sekali digunakan di penang,kedah,selangor dan kelantan...
lepas pilihanraya 13 ni kita guna untuk seluruh malaysia plak...hahhaaaaaa...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!