Betul ka ni???
PENDANG – Seramai 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kawasan Pendang dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing 28 September lalu sebagai tanda menyokong dan bersama dengan bekas Yang Dipertua Pas kawasan, Abdul Rahim Abdul Rahman meletak jawatan bersama 14 Ahli Jawatankuasa Pas kawasan yang lain.
Seorang daripada ahli kumpulan itu berkata, surat peletakan jawatan mereka telah dihantar kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Pendang, Ibrahim Sofian.
“Kami membuat keputusan itu kerana begitu menghormati dan mahu bersama dengan Tok Guru (Abdul Rahim). Ini juga tanda sokongan kami kepada beliau,” katanya.
Menurutnya, meskipun meletak jawatan, mereka tidak akan meninggalkan Pas malah akan terus memberi sokongan kepada Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.
“Walaupun bagi kami beliau (Mohamed Taulan) tidak akan setanding dengan kepimpinan Tok Guru, kami akan terus menyokong beliau sebagai pemimpin parti. Kami cuma tidak mahu memegang jawatan,” katanya.
Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian untuk diminta mengulas perkara itu, bagaimanapun menolak daripada memberi sebarang kenyataan atas alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Cukuplah apa yang sudah dilaporkan sebelum ini. Saya tak mahu keruhkan lagi keadaan Pas di Pendang ini,” katanya.
Pada 6 Oktober lalu, mesyuarat jawatankuasa Pas Pendang meluluskan peletakan jawatan 14 ahli jawatankuasanya termasuk Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Pas kawasan.
Sinar Harian

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!