
Jika kita membaca apa yang disiarkan didalam temubual itu terdapat beberapa ayat yang cukup mendalam maksudnya yang dilafazkan oleh Dato Zaid, antaranya ialah ‘‘DALAM parti kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah.’’
“Kita berhadapan dengan satu keadaan yang unik di mana orang yang benar-benar berkuasa (Anwar) tidak ada jawatan. Saya merasakan kita faham sejarah bahawa beliau pernah masuk penjara dan tidak boleh pegang jawatan. Tapi itu pada 2007, namun masa itu beliau cuba bertanding cuma pada saat-saat akhir beliau tarik diri dan ketika itu Rahman Osman hendak melawan beliau. Oleh itu Anwar pernah cuba untuk bertanding namun ketika itu beliau tidak layak memegang jawatan kerana kes itu.”
“Kita tidak boleh kata hanya kerana kenal baik dengan Ketua Umum maka keputusan mesti datang daripada Ketua Umum. Ini kerana PKR tidak boleh lain daripada parti lain. Kita kena ikut struktur parti. Maka jika saya menang jawatan timbalan, saya lihat boleh merubah keadaan dengan erti kata lain, saya percaya Presiden perlu dihormati dan keputusan perlu datang daripadanya.”
Artikel sepenuhnya sila baca di SINI
Biarpun dalam wawancara itu Dato Zaid hanya menjelaskan misinya untuk PKR jika diberi peluang untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR tidak menggunakan kesempatan itu bagi menyerang mana-mana individu yang menjadi saingannya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR itu, mungkin ayat-ayat yang menyentuh DS Anwar Ibrahim itu telah menimbulkan rasa kurang senang didalam diri DS Anwar Ibrahim.
Lantaran itu DS Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di London telah memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat kerana tidak mahu calon-calon yang bertanding dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.
DS Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di kota raya London itu, bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan “media Umno atau duit.”
DS Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik UMNO.
Tetapi hari ini Azmin Ali pula telah menggunakan media yang seangkatan dengan Utusan Malaysia iaitu Berita Harian untuk menyerang Dato Zaid Ibrahim.
Dalam wawancara yang telah disiarkan oleh Berita Harian dengan tajuk “Azmin akui ada 'desperado' dalam PKR untuk raih undi akar umbi” Azmin Ali secara terang telah menyifatkan Zaid sebagai "desperado"..
Artikel itu juga jelas melaga-lagakan antara DS Wan Azizah dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri.
Apa yang Azmin lakukan itu juga telah melanggar Etika Pemilihan dimana “Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya.”
Nampaknya ada beberapa pemimpin parti mengamalkan sikap "double standard"disini, mereka memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian,"
Dimana Anwar Ibrahim? Kenapa diam?
Azmin akui ada 'desperado' dalam PKR untuk raih undi akar umbi
DUA bulan lalu, Dr Syed Husin Ali menyatakan kepada beliau mengenai kesediaannya tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda yang sudah diuji, teruji dan setia pada perjuangan, demikian dakwa Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya faktor yang mendorongnya menawarkan diri bertanding mengisi kekosongan ditinggalkan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu.
Azmin pernah berada dalam kedudukan selesa untuk mencabar jawatan nombor dua PKR itu apabila menerima cukup pencalonan pada pemilihan 2007, namun menarik diri bagi memberi laluan kepada Syed Husin untuk terus berkhidmat kepada parti.
Walaupun menolak andaian pencalonan kali ini direstui pucuk pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin menegaskan beliau memiliki kriteria yang diperlukan parti, sekali gus kenyataan Syed Husin itu merujuk kepada dirinya.
“Tidak timbul soal restu mana-mana pimpinan parti kerana pencalonan yang saya terima cukup meyakinkan. Itu adalah manifestasi anggota di bawah untuk melihat parti ini terus maju dan berpegang kepada agenda reformasi yang dicetuskan pada 1998,” katanya.
Namun, perubahan sistem pemilihan kepada sistem ‘satu anggota satu undi’ menyaksikan julung kalinya semua ahli diberi kuasa menentukan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Ini mungkin tidak menjanjikan keputusan sewenang-wenangnya memihak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu walaupun jumlah pencalonan setakat ini jauh meninggalkan pencabar lain.
“Sistem baru ini tidak mampu meletakkan seseorang calon dalam keadaan selesa kerana calon perlu berdamping rapat dengan semua anggota parti untuk memperoleh kepercayaan,” katanya.
Azmin turut menyifatkan kesetiaan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden parti, bersama Anwar selama 26 tahun dan perjuangan parti itu tidak mampu dinafikan mana-mana individu yang rasional.
Justeru, jika tempoh 26 tahun itu gambaran bukti kesetiaan Azmin terhadap Anwar dan keluarga maka dakwaan mengatakan Anwar mencatur barisan kepemimpinan parti itu sukar dinafikan. Jadi, apakah keupayaan pencabar lain terutama Ahli MPP, Datuk Zaid Ibrahim; dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub yang sudah mengumumkan hasratnya untuk bertanding yang tidak mendapat restu Anwar mampu menghalang kemaraan Azmin.
Kebanyakan pemimpin parti itu juga mempunyai penilaian tersendiri apabila mengatakan Zaid terlalu ‘muda’ untuk berada dalam barisan tertinggi parti. Apatah lagi beliau gagal dalam ujian pertama iaitu tewas pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu kepada calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, yang memperoleh 1,725 undi.
Zaid yang masih dianggap ahli keluarga baru dalam PKR dinasihat meletakkan diri dalam ‘cooling period’ sebelum membuat kemunculan semula bukan menguji keupayaan melalui pemilihan akan datang. Ungkapan sinis juga kedengaran di kalangan pemimpin dan anggota PKR yang menyifatkan kekalahan Zaid di Hulu Selangor memberi kebaikan kepada parti kerana jika tidak, beliau pasti menggunakan kemenangan itu sebagai modal kempennya.
Bagaimanapun, kebelakangan ini timbul cakap-cakap mengatakan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah, enggan memberi restu terhadap pencalonan Azmin.
Sambil menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu, Azmin sebaliknya mendakwa menerima jaminan Nurul Izzah, dua hari selepas mesyuarat agung tahunan (MATC) Cabang bermula 17 September lalu yang menjelaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak bermaksud sedemikian.
Azmin juga menyifatkan cakap-cakap itu bertujuan melaga-lagakan hubungan baiknya dengan Anwar dan keluarganya.
“Ini adalah usaha ‘desperado’ pihak tertentu untuk meraih sokongan akar umbi,” katanya.
Umum maklum, Wan Azizah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menolak dakwaan mengatakan beliau tidak merestui pencalonan Azmin. Sikap itu menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya pendirian Wan Azizah terhadap Azmin. Malah, agak pelik kalau sikap Wan Azizah bertentangan dengan agenda yang diatur suaminya.
Berita Harian Online
satu kesilapan PKR adalah bergerak terlalu laju bagi menghidupkan demokrasi.walaupun akan berkata,bila lagi nak bermula jika tidak dimula sekarang.ini aku refer pada perlembagaan pkr yang memberi hak pada semua ahli secara total membuat pengundian.
ReplyDeletekita jangan samakan pkr dengan umno.umno walau apapun tindakannya,ia majoriti keahliannya Melayu.mungkin perbedaan setakat isu kenegerian.tapi pkr,ahlinya merangkumi perbagai kaum.hakikat yang tidak bolih dinafikan(jangan bohong diri sendiri)sentimen kaum pasti ujud,kecenderongan budaya hidup juga akan mempengaruhi ahli waktu pemilihan.kesetiaan pada parti walaupun telah ditunjuk dalam jangka masa yang agak lama belum tentu dapat mendapat tempat dihati ahli akibat terbawa amalan politik kaum dan liberal kaum.
susun gerak dan senarai keahlian yang caca marba,peratus pengundian yang rendah berbanding jumlah ahli tidak akan memberi gambaran sebenar kekuatan pengaruh sesiapa saja yang menang.
contoh paling nyata berlaku dibeberapa cabang.walaupun PKR dislogankan bukan parti Anwar,tapi menolak kepimpinan Anwar seperti mengkafankan pkr .mereka yang mendominasi reformasi kini masih bersama pkr lantaran Anwar masih bersama.dan dicabang cabang berkaitan,adakah undian tidak sampai 10% keanggotan mengambarkan situasi sebenar kehendak ahli?.
Mengapa perlu ada kenyataan sokongan dari pemimpin-pemimpin parti terhadap calon-calon?
ReplyDeleteSaya rasa tak perlu ada kenyataan sokongan kerana ahli-ahli PKR yang akan tentukan siapakah Timbalan Presiden. Sokongan oleh para pemimpin PKR akan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap calon yang bertanding dan ini dilihat satu proses pemilihan yang tidak adil kerana pengaruh dari pemimpin lain.
Apa yang boleh dilakukan untuk menarik sokongan para pengundi adalah dengan mengadakan debat untuk calon Timbalan dimana debat ini boleh dilihat secara live atau rakaman di dalam laman web parti keadilan rakyat. Bagi ahli yang tiada akses internet, pihak pengurusan keadilan perlu menbekalkan maklumat debat melalui media cetak (khusus untuk pelbagai debat sahaja untuk calon-calon bertanding). Dengan cara sebegini maka pemilihan secara adil akan dapat dilaksanakan. Calon yang berjaya dalam mengemukakan hujah dan juga perancangan pembangunan parti mereka yang lebih menarik akan berjaya tanpa merujuk kepada kepopulariti calon tersebut.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!