
Sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'' akan berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan ianya telah dibuka 17 September lepas, kini menempatkan sembilan remaja yang sedang hamil.
Pada 6 Oktober lalu sekolah itu telah menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.
Sebenarnya tujuan Ali Rostam itu memanglah baik namun begitu ianya tidak bersifat menghalang sama sekali gejala seks bebas dan hamil diluar nikah. Ali Rostam seolah-olah merelakan perkara begini terus berlaku.
Kenapa Ali Rostam tidak mahu memikirkan bagaimana untuk menghalang gejala tersebut dari terus berleluasa?
Jika Ali Rostam hanya mampu berfikir untuk membendung gejala buang bayi, beliau harus belajar dari kerajaan negeri Kelantan, bagaimana pula untuk menghalang terhasilnya anak luar nikah..
PAS Kelantan kuat kuasa larangan remaja masuk hotel
2010/10/13
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menguatkuasa larangan remaja lelaki dan perempuan berusia bawah 18 tahun tanpa diiringi ibu bapa atau guru, mendaftar masuk hotel dan rumah penginapan bagi membendung gejala negatif.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata disebabkan tiadanya larangan seperti itu, berlakunya gejala maksiat dan gadis menggugurkan anak sebagaimana berlaku di sebuah pusat peranginan di negeri ini baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah membawa cadangan ini kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil tindakan mengenai perkara ini dan kini sudah mendapat perhatian Exco PBT. “Kerajaan negeri mendapati, kebanyakan hotel dan rumah penginapan bebas membenarkan remaja sama ada lelaki atau perempuan bawah 18 tahun membuat pendaftaran masuk untuk menginap walaupun tanpa diiringi ibu bapa atau guru mereka.
“Apabila mereka bebas berbuat demikian, maka wujud perbuatan maksiat sehingga berlakunya kejadian pelajar membuang anak.
“Kerajaan negeri berharap akta ini akan dikuatkuasakan segera memandangkan golongan terbabit kini bebas mendaftar masuk di hotel,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan), yang melarang remaja perempuan berusia bawah 18 tahun tidak dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab, kecuali dimiliki keluarga sendiri.
Pindaan akta itu bertujuan memastikan golongan berkenaan tidak dieksploitasikan sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan mereka.
Ditanya mengenai Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah berkenaan kerana ia mampu membendung gadis terjebak dalam gejala tidak sihat terutama yang bekerja di hotel atau rumah penginapan.
Berita Harian Online
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!