Dakwaan bekas pembantu khas Anwar disiasat

Bila ianya melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim.. sepantas kilat mereka bertindak, sebaliknya pula jika yang dilaporkan itu melibatkan pimpinan dari UMNO/BN..

Biar Ketua mereka ditukar.. Cara mereka tetap sama..

2010/10/08

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berhubung kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang lagi bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan memanggil Muhamad Rahimi dan individu yang dinamakannya dalam laporan itu dalam tempoh terdekat bagi merakamkan percakapan mereka. “Saya mengesahkan sudah menerima laporan mengenainya dan siasatan sudah bermula,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Kelmarin, Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar dengan Mohd Saiful Bukhari.


Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Muhamad Rahimi, 25, mendakwa satu daripada akuan bersumpah itu dipinda dengan dimasukkan fitnah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi mengaitkan Anwar dengan kes liwat berkenaan.

Mengikut salinan laporan polis diperoleh media, Muhamad Rahimi mendakwa akuan bersumpah ditandatangani itu tidak benar dan bukan dikarang olehnya, selain terpaksa menurunkan tandatangan berikutan risaukan keselamatan diri kerana ketika itu ada ratusan penyokong dan orang kanan Anwar di Quality Hotel Shah Alam, tempat beliau menandatangani akuan bersumpah berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan akan mengambil kira segenap aspek termasuk percakapan daripada semua pihak terbabit dan akuan bersumpah yang pernah dibuat pengadu dua tahun lalu.


Berita Harian Online

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post