Pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-16 baru-baru ini, wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid telah berkata Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki, dan kenyataan beliau telah disiarkan pula oleh Lidah Rasmi UMNO semalam dibawah tajuk “Halau Melayu Secara Terancang?” berita penuh dibawah..
Berikut adalah videoclip yang memaparkan apa jawab Lim Guan Eng mengenai tohmahan pemimpin UMNO itu..
Halau Melayu secara terancang?
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
PULAU PINANG 28 Okt. - Trend kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil-alih tanah didiami orang Melayu khususnya di bahagian pulau atas alasan kegunaan awam dibimbangi sebagai strategi untuk menghalau mereka secara terancang.
Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan berkata, beliau khuatir tanah yang diambil itu nanti dijual kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit.
Menurutnya, senario tersebut boleh dilihat sejak kebelakangan ini yang mana banyak pemaju semakin berani mengambil tanah-tanah milik rakyat khususnya yang didiami orang Melayu untuk dibangunkan.
"Adalah menjadi kebimbangan strategi pengambilan tanah atas alasan kegunaan awam atau pendidikan, tetapi akhirnya tanah tersebut dijual kepada pemaju perumahan dan dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit pula.
"Inilah perancangan bagaimana mereka mahu menghalau orang Melayu dari bahagian pulau," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini hari ini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-16 baru-baru ini, wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad membangkitkan isu tindakan kerajaan negeri yang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Muhamad Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong mahu Kerajaan Pusat memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan 'membuka' kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
Antaranya pengambilan tanah di beberapa kawasan seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti dari Singapura.
Selain itu, pembelian tanah-tanah orang Melayu di Seberang Perai dan Kepala Batas dengan keluasan kecil tetapi di banyak tempat.
"Lihat saja di Kepala Batas di mana pemaju swasta membina projek perumahan dalam skala kecil, kurang 40 buah.
"Sudah tentu kawasan perumahan tersebut tidak memerlukan padang permainan, dewan orang ramai dan tiada tapak untuk surau.
"Rumah pula berharga RM300,000 ke atas dan sering diutamakan pembeli bukan Melayu," kata Azman.
Justeru, beliau menasihatkan orang Melayu supaya tidak gelap mata dengan umpanan wang ringgit yang banyak sehingga tanah sendiri tergadai dan dihalau.
Beliau menambah, para pemimpin juga diharap dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu khususnya di kampung-kampung supaya tidak menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda jahat.
Lidah Rasmi UMNO

Rakyat dah mula tolak PKR...(Parti Kencing Rakyat)..kenapa jadi camtu..BN punya angkara ke????????mesti BN punya...kata orang yang otak PR (Parti Reput)
ReplyDeleteSaifuddin: Bahang pusat tak sampai ke cabang
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata peratusan keluar mengundi yang rendah pada hari pertama pemilihan parti, antaranya mungkin disebabkan oleh bahang kehangatan pemilihan jawatan kanannya tidak sampai ke peringkat cabang.
"Apa yang berlaku sekarang tidak menggambarkan seperti mana pemilihan di peringkat cabang dahulu," kata Saifuddin ketika ditanya sebab-sebab berlakunya fenomena itu.
Semalam, semakan Malaysiakini mendapati, daripada sembilan cabang yang mengadakan pemilihan jawatan dalam majlis pimpinan pusat PKR, peratusan keluar mengundi amat sedikit.
Contohnya, di Pokok Sena, daripada 314 anggota, hanya 24 orang sahaja yang hadir mengundi....sila open Malaysiakini.com
Betui ka ni??? ish..ish..ish.. kalau hang tak bagi tau.. sampai matipun aku tak tau yang PKR tu dah ditolak rakyat..
ReplyDeleteTapi yang tak keluar mengundi tu ahli PKR yang bukannya mewakili seluruh rakyat Malaysia, macam mana pulak hang boleh kata rakyat dah tolak PKR??
Lagi satu.. komen hang ni tak relevan langsung dengan entry aku kat atas tu..
Bro..jgn layan diaorang ni bro..buang masa je layan org UMNO ni..brape lama BN pegang ape korang dapat..dh tukar tangan br nak ungkit soal tanah org melayu..pikir la sikit..pg sekolah kan..
ReplyDeletehangpa gaduh same melayu islam ni..PKR,PAS n UMNO ni watpa doi...korang ni sume melayu islam.....yg masalah penang tu kaum lain berkuasa...hangpa bergado n berpecah same sendiri....jd monoriti.sampai kiamat penang org melayu xdpt perintah.xkisah sape perintah...klo kaum lain amik....hangpa PAS ke...PKR ke...UMNO ke.....sume duk umah atas air pasni.perak nasib baik ade sultan.hangpa klo xnak kene halau dr negeri sendiri...berjuanglah atas dasar yg btui.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!