Kemalangan KM223 : 'Lengan kiri saya hampir hancur'

2010/10/12

Penuntut UM hanya dengar jeritan, tangisan minta tolong selepas bas terbalik

SEREMBAN: “Apabila sedar, saya berasa lengan kiri sangat sakit dan terkejut apabila mendapati ia hampir hancur berlumuran darah dan dipenuhi kaca tingkap,” kata Nurnajlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin.

Dia yang sebelum itu tertidur berkata, tidak mengetahui punca kecederaan, tetapi percaya disebabkan tersepit pada kaca tingkap bas yang terbalik. Pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Komputer Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar daripada bas yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri.


“Ketika itu, keadaan huru hara dengan jeritan dan tangisan meminta tolong. Saya yang masih bingung kerana impak kejadian itu tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling dan hanya risaukan tangan saya.

“Apabila berada di tepi jalan, baru saya sedar kemalangan itu sangat teruk dan ramai yang parah, selain melihat beberapa mayat bergelimpangan,” katanya yang turut cedera pada muka dan kepala akibat terkena serpihan kaca.



Gambar tangan yang terputus antara gambar dari tempat kejadian
yang diterima dari e-mail..

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Tew Chi Ling, 18, berkata, dia sedang mendengar pemain MP4 apabila bas tiba-tiba bergoyang kerana cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Saya terkejut dan terasa seolah-olah bas melayang sebelum terhempas dan mendengar dentuman kuat. Selepas itu, saya sedar sudah berada dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Saya dengar ada orang meminta saya keluar segera,” katanya yang cedera ringan.

Mereka ditemui ketika lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Ketua Pengarah JKJR, Datuk Sureet Singh dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).


Berita Harian Online

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila tengok impak dari perlanggaran ini memang menunjukkan kejadian berlaku pada kelajuan yang tinggi (mungkin melebihi had kelajuan yang ditetapkan) sedangkan setahu saya had kelajuan bas yang dibenarkan di lebuhraya hanyalah 90km/j.

    Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...

    Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...

    bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...

    Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.

    Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.

    Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....

    Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.

    Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...

    Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... khua..khua

    ReplyDelete
  2. KOMEN I

    Bila tengok impak dari perlanggaran ini memang menunjukkan kejadian berlaku pada kelajuan yang tinggi (mungkin melebihi had kelajuan yang ditetapkan) sedangkan setahu saya had kelajuan bas yang dibenarkan di lebuhraya hanyalah 90km/j.

    Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...

    Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...

    bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...

    Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.

    ReplyDelete
  3. KOMEN II

    Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.

    Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....

    Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.

    Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...

    Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... khua..khua

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Apa lagi yang Sykt Pengangkutan Awam ni nak kita pun tak tau..... tapi biasanya kejar Trip....... lagi laju lagi banyak trip...... tak taula trip apa? trip perjalanan atau trip dgn bini @ bini-bini......

    2) Dulu kata tambang ciput.... sekrg dah naik.....

    3) tak kan nak penguatkuasaan.... sepatutnya penguatkuasaan dalaman..... Sykt2 bas kenalah pasang Spy..

    3) Tak pun guna "black Box" tapi jgn tak pantau pulak, sykt kena form committee, involvekan pengurus operasi, pengurus keselamatan, Personnel & HR Mgr, last but not least Acc & Finance Mgr & Risk Manager....... barulah serious.....


    Ntahapaapalagi.......


    wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post