Kes Aminulrasyid : 'Mayat dalam kedudukan aneh'

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.


Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.

Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.

Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.

Tertuduh diberi 100 peluru

Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.

Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.


Malaysiakini

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mayat anggota askar yang dilanggat oleh YB Tian Chua tempoh hari,
    mengalami patah kaki,tangan,tulang belakan,pecah abdomen,pecah paru2,pecah kepala.

    Dasyat sungguh.

    Kasihan kepada anak kecil yang ditinggalkan........

    ReplyDelete
  2. Tidak kira sesiapa yang melanggar undang-undang maka perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya! Samada orang awam, ahli politik mahupun polis!

    saya tidak tahu mengapa tujuan anon 5.14pm membangkitkan kisah tian chua ini! Jika kemalangan yang dilakukan disengajakan oleh beliau maka hukuman setimpal perlu dilaksanakan biar mahkamah yang menentukan!
    Jika dalam kes polis menembak amirul ini adakah boleh dikategorikan sebagai kemalangan atau disengajakan? adakah dengan menembak sebanyak 19 butir peluru boleh dikategorikan sebagai kemalangan?

    ReplyDelete
  3. Anon 5:14pm
    BODO PIANG TAHAP GABAN
    Banyak makan makanan HARAM kot!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post