Kes Bunuh Sosilawati : Mana ada hantu, kata CPO Selangor

SHAH ALAM, 5 Okt – “Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.


Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Bernama

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Utisan dah semakin desperate la ni. Sebab org dah pakat2 x nak beli akhbar dia dah. Hr tu kata jumpa ular gergasi kat perak, walhal gambar dia plagiat dr internet. La ni kes antu plak. Kalau aku jadi keluarga mangsa, aku dah saman dah, biar bankrap trus. Negara pun akan jimat kertas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post