Kes Bunuh Sosilawati : Penjenayah Bijak Hapuskan Bukti

Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain, digambarkan sebagai trend bunuh yang banyak berubah berbanding dahulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes bunuh dahulu dengan sekarang banyak perbezaan dari segi kaedah perlaksanaannya, kerana penjenayah kini semakin bijak menghapuskan bukti kejadian.

“Jika dahulu, penjenayah hanya menikam mangsa untuk membunuh tetapi, trend itu telah berubah.

“Sebagai contohnya kes membabitkan Sosilawati. Kita hadir di situ (ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat) bukan untuk berseronok tetapi untuk melakukan siasatan,” katanya ketika memberi penerangan berhubung konsep 4P di Bukit Aman, semalam.


Katanya, cara pembunuhan yang semakin rumit untuk dirungkaikan itu memerlukan siasatan yang lebih teliti bagi memastikan penjenayah itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Suspek mengakui mengikat, memukul, membunuh dan membakar kesemua mangsa, sebelum abunya dibuang ke laut.

Suspek utama berusia 41 tahun yang ditahan juga dikaitkan dengan kes lain membabitkan saudagar batu permata dari India, Alall Kanthan Muthuraja, seorang kontraktor dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

“Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangka dalam tempoh masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas majlis penerangan 4P tersebut.


Sinar Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ini lagi satu mangkuk. sapa yang cakap polis buat picnic kat ladang sawit tu ? itu kerja hangpa...hang buat yang terbaik lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post