KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion

Akhirnya dijual juga.. Tetapi siapa yang untung dan siapa pula yang akan terus dibebani dengan Tol? Biarpun dana kerajaan digunakan.. adakah KWSP itu juga disifatkan sebagai Dana Kerajaan sedangkan ianya ialah badan yang menyimpan wang tabungan rakyat Malaysia yang berkerja untuk masa depan mereka?



KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.

Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.


KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal.

Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Reuters

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. jual-beli, jual-beli jugak, cepat la repair jln yg dah berlubang dan pecah dari tol seremban ke tol senawang tuu...dari sebelum puasa sampai la ni...nk tunggu korban trajis lagi baru nk repair!

    ReplyDelete
  2. The incoming PR people's Government must nasionlised PLUS & confiscate all its assets & put in jail the board of directors & cronies/proxies.

    PLUS & BN government are signing all sort of lopsided agreements to swindle $$$ from the people of Malaysia. And, BN government OSA all these documents.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post