Lagi gambar dari Pusat Penamaan calon DUN Galas..


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan diiringi oleh petugas Unit Amal sedang menuju ke ruang solat utama untuk menunaikan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan



Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula mula beredar dari ruang solat Masjid Tuanku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan


Tuan Guru Nik Aziz sedang menunaikan solat hajat bersama-sama dengan penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri setiap pelusuk masjid


Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari DAP yang bukan Islam juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang sejak dari awal pagi lagi!


Penyokong-penyokong Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) bersama-sama dengan seluruh penyokong lain memberikan sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat, Dr Zulkifli Mohamad


Kedua-dua beranak penyokong Pakatan Rakyat PAS bersama-sama mengaminkan doa pimpinan Tuan Guru Nik Aziz sebagai memohon restu Allah SWT merestui perjalanan pemilihan calon hari ini


Muslimat PAS dari seluruh negara terutama Briged Muslimat yang terdiri dari kalangan gadis-gadis pingitan juga turun buat kali pertama sebagai jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di Gua Musang, Kelantan


Kain pemidang gergasi yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat jelas kelihatan diarak sepanjang laluan dari Masjid Tuanku Muhammad Faiz Petra ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang, tempat penamaan calon


Sebahagian dari para penyokong dari Dewan Pemuda PAS memerhati perjalanan konvoi penyokong Pakatan Rakyat dari Masjid Tuanku Muhammad Faiz Petra


Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post