Pelajar Mesir Kutuk Rosmah Hina Islam

SHAH ALAM 23 Okt - Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilham) kesal apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dikatakan menjadi penaung kepada pertunjukan fesyen yang secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Presiden pertubuhan itu, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata umat Islam khususnya di Malaysia telah dikejutkan dengan pertunjukkan fesyen yang telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

"Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah SAW?

"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?" soal beliau.


Ilham katanya lagi melahirkan kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

"Kita menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’.

"Kita juga melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program tersebut.

Justeru, kata Mohd Azizul, Ilham turut menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.

"Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.

"Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya," tambah beliau dalam kenyataan media tersebut.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam.

    Sekarang ini di negara ini, Islam bukan lagi dihina oleh umat Yahudi tetapi Islam di negara ini di hina oleh mereka yang mengaju dirinya Islam.

    Paling malang bagi umat Islam negara ini , Islam dihina oleh isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini.

    Penasihat agama dalam umno kini dah jadi bisu dan buta.

    ReplyDelete
  2. Belum ada seorang jua pun dari Para mufti yang bersuara dan memberi komen atas isu yang amat menguris hati umat Islam seluruh dunia. Nampaknya mereka lebih selesa berdiam diri dari menyatakan kebenaran atau sekurang2nya membela agama yang mereka anuti. Mereka hanya bercakap pada isu yang menyebelahi pemimpin BN dan bila pemimpin BN melakukan kesilapan yang terang lagi nyata. mereka membisu seribu bahasa. Kalaulah Allahyarham Dato' Ishak Baharum masih ada dan masih menjadi Mufti, pasti beliau akan bersuara. Inilah para ulama akhir zaman, yang bekerja makan gaji dengan kerajaan, takut berkata yang benar, takut kepada pemimpin lebih daripada Allah. takut hilang pangkat.. takut dan takut dan takut..
    JADILAH MEREKA SYAITAN2 BISU DAN MEREKALAH YANG AKAN TERLEBIH DAHULU DIHUMBAN KEDALAM API NERAKA

    AllahuAkhbar!!!!

    Dani

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post