Pemilihan PKR : Kecoh kerana tiada tempat Mesyuarat.

JOHOR BAHRU – Mesyuarat Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Johor Bahru hampir diadakan di bawah pokok apabila berlaku kekecohan membabitkan masalah ketiadaan tempat mesyuarat dan pengundian yang dijalankan, semalam.

Kekecohan bermula apabila mesyuarat tidak dibenarkan diadakan di sebuah bangunan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru di Susur 4, Jalan Tun Razak, di sini, kerana tidak mendapat kebenaran pihak berwajib.

Keadaan itu menyebabkan segelintir daripada ahli yang hadir kemudiannya mendesak supaya pemilihan diadakan di kaki lima bangunan berkenaan berikutan kesukaran mencari lokasi baru yang sesuai.


Malah, pemilihan tempat berkenaan juga mendapat bantahan Pengawas JPP PKR pusat, Rizalman Ramidin yang mendakwa tempat dicadangkan tidak sesuai sehingga mencetuskan pertikaman lidah.

Timbalan Ketua Wanita PKR negeri, Tan Poh Lai berkata, pemilihan terbabit juga seharusnya dibenarkan diadakan di bawah pokok berdekatan tempat letak kereta bangunan terbabit seperti yang berlaku di Perak sekiranya masalah tempat menjadi isu utama.:

Beberapa minit kemudian, ahli parti menyusun kerusi berhampiran sebatang pokok di situ dengan peti undi diletakkan di sebuah meja di kaki lima bangunan terbabit sambil diawasi beberapa pegawai daripada Pengawas Pemilihan Pusat.

Bagaimanapun, Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan berkenaan mengarahkan seorang pengawal keselamatan supaya tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di premis mereka.

Tan kemudiannya mencadangkan pemilihan diadakan di Tropical Inn dengan sebuah bilik sudah ditempah bagi memudahkan semua ahli PKR Cabang Johor yang hadir dapat mengadakan pemilihan.


Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post