Ali Hashim
PENANTI, 27 Okt: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.
"Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.
"Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi.
Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.
"Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.
"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.
HarakahDaily

Pi la tanya sendiri kat semua warga emas kt PP & SP (U/T/S)hampir 95% benci KERAjaan negeri..pasal kes guna duit judi untuk membasmi kemiskinan rakyat PP...Hang saja yang dok rasa warga emas ni gembira dapat RM100 setahun..RM100 sekarang sekali pi pasar pun dah RM50 habis...RM100 nak setahun ke??????makan kuaci le jawabnya...
ReplyDeleteckp psl sumber kewangan, negara kita smua sumber tu halal ka??? at least ada la usaha nak tolong warga emas.. bonus rm500 utk smua pnjawat awam tu bnyk sgt ka?? byr buku utk anak, baru seorang da guna hmpir rm200...
ReplyDeleteMacam mana pun, kerajaan pp terkini ada niat untuk menolong rakyat. walaupun RM100 bukan banyak, tetapi hasrat itu suci. Bagaimana dengan BN yang telah berkuasa lebih 50 tahun. Tidak sekali pun ada hasrat begini, bukan nak kata RM100, RM10 pun tiada.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!