PRK DUN Galas : Skrip Lama di Kitar Semula..

Oleh Syed Mu’az Syed Putra



GUA MUSANG, 28 Okt — PAS menuduh Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari kemenangan termasuk menggunakan isu agama sebagai alat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebagaimana pernah disaksikan ketika beberapa pilihan raya terdahulu termasuk di Hulu Selangor, kerjasama PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat muncul lagi kali ini.


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, BN akan menggunakan isu agama untuk menjatuhkan PAS dan mendapatkan sokongan daripada pengundi.

“BN bukan sahaja akan gunakan isu agama untuk jatuhkan PAS tetapi sanggup gunakan apa sahaja cara dan isu termasuk isu perkauman.

“Bukan ada peraturan dalam BN, bagi mereka semuanya halal.

“Ini menunjukan BN sudah ketandusan isu apabila sanggup menggunakan isu agama dalam kempen mereka. Kita sudah tahu budaya BN, mereka sanggup gunakan agama untuk jatuhkan lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kain rentang yang dipamerkan di tepi jalan tertulis “’Karpal Singh Hina Perjuangan Islam’, Kenapa PAS masih menyokong DAP (Harbi)?”

Kain rentang itu juga mempamerkan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh bertajuk “Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu — Karpal Singh”.

Dalam ceramah pertama kelmarin selepas kempen bermula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.

Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi “jambatan” antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

“Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang,” kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Abdul Fatah juga berkata isu yang dibangkitkan ini adalah perkara lama dan rakyat sudah mengetahui perkara sebenar kerjasama antara PAS dan DAP.

“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.

“Terpulang kepada BN nak buat macam mana pun, ia tidak beri kesan kepada PAS. Rakyat sudah tahu perkara itu, mereka sudah cerdik. Saya percaya mereka tidak akan tertipu dengan taktik BN ini,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Tambah Abdul Fatah, PAS dan BN sepatutnya berperang dengan menggunakan isu, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk menjatuhkan lawan.

“Kalau sebelum ini BN kata PAS ketandusan isu tapi sekarang nampaknya lain pula ceritanya.

“Jadi mari kita lawan siapa yang mempunyai lebih banyak isu, tengok siapa yang menang,” katanya.


The Malaysian Insider

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Karpal ada buat kenyataan yang sama pada tahun ini...lama ke...yang penyokong2 PR masih bangga dengan kemenangan PRU 2008..tu baru berlaku ke??? dulu menang kerana marahkan Pak Lah aje...la ni 2010 la kawan...sekarang rakyat dah buka mata la kawan...jangan dok ulit mimpi cerita PRU 2008 lagi la...sebenar Allah SWT nak uji orang2(PR) yang cakap pandai sangat..semua orang tak betul..sekarang PP,Selangor & Kedah..APA DAH HAMPA BUAT???????...aku pi semua negeri ini...tiada perubahan langsung...bila nampak aje projek pun..ada tulis 'Projek Kerajaan Barisan Nasional'...jangan hanya dok bangga aje apa yang ada...masa menang pun semua dah ada...sapa plan/buat tu...ingat semua terjun dari langit kot..

    ReplyDelete
  2. org nk memerintah..kn pegang ekonomi dulu..wat prgram2 biar semua rakyat dpt rasa..mmg bnyk projek2 BN yg wat..yg tbengkalai pn banyk gak..perut sorg je kenyang..ko la salah sorgnye kot..tu yg marah sgt agaknye

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post