Kononnya menurut Muhiyddin, Ahli Parlimen Gua Musang telah mengemukakan cadangan pembinaan PPR ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008, bukan disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK) pembinaan ini dilaksanakan...
Kerajaan peruntuk RM180j projek PPR
GUA MUSANG - Kerajaan memperuntukkan subsidi u:ntuk golongan berpendapatan rendah dalam usaha membantu mereka memiliki kediaman sendiri di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga yang berpatutan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kediaman itu akan dijual antara RM33,000 dan RM35,000 seunit dengan kadar sewa RM124 hingga RM190 sebulan adalah rendah berbanding pasaran semasa.
”Pembinaan 1,500 unit kediaman ini menelan belanja RM180 juta dan membabitkan subsidi bernilai RM128juta. Kos pembangunan bagi setiap unit bernilai antara RM80,000 dan RM120,000 bergantung kepada lokasi dan kos tanah.
”Ini :bermakna kerajaan menanggung kos penyenggaraan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri dan selesa walaupun tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.
:Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran PPR Gua Musang di Taman Wangi di sini, semalam. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
:Projek perumahan ini dibina di atas tanah milik Kesedar seluas 34.5 ekar, ia merangkumi pembinaan 1,500 unit iaitu terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat dan pembinaan dijangka bermula awal 2011 dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2013.
:Bagi sebuah unit rumah mempunyai keluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang jemuran kain.
:Ia turut menyediakan pelbagai kemudahan iaitu tadika, surau, dewan serba guna, kedai, tempat letak kereta, pejabat pengurusan, taman permainan dan kawasan lapang.
:Muhiyddin berkata, Ahli Parlimen Gua Musang telah mengemukakan cadangan pembinaan PPR ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008, bukan disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK) pembinaan ini dilaksanakan.
Sinar Harian

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!