RM100 : Sejumlah RM4700 lagi dipulangkan semula..

Bermula dari 29 September, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga Datuk Azhar Ibrahim, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, dilaporkan telah mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri kepada Datuk Azhar.- berita penuh di SINI

Kemudiannya pula di Gorgetown Berita Harian melaporkan pada 2 Okt , dalam satu siding media yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu, seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru telah memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri - Berita penuh di SINI


Pada 2 Oktober juga, Utusan melaporkan Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut, 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis Aidilfitri anjuran Kemas manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Jadi Datuk Azhar akan memulangkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..

Berita berkaitan..

47 lagi serah wang judi

BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.

Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini.

Seramai 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis itu manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, para penerima bantuan terbabit memulangkan wang secara beramai-ramai sebelum menyerahkannya kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir untuk dipulangkan semula kepada kerajaan negeri.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO bahagian tersebut, Ramlan Ishak.

Seorang warga emas, Elias Siru, 68, berkata, dia tertipu kerana menyangka wang bantuan kerajaan negeri itu diberi atas dasar keikhlasan untuk membantu orang tua sepertinya.

"Tapi kalau mengambil duit judi untuk disedekahkan kepada orang macam kami ini, saya rasa ia sudah keterlaluan.

"Kadang-kadang saya rasa takut jika saya mati sebelum dapat memulangkan wang ini, hari ini saya benar-benar berasa lega," jelasnya.

Che Yom Abdul, 62, pula bertekad memulangkan wang tersebut kerana ragu-ragu ia bersumberkan wang perjudian seperti yang didedahkan baru-baru ini.

"Selepas tahu mengenai perkara ini, saya bertekad untuk pulangkan semula dan ketiga-tiga anak saya juga menasihatkan untuk pulangkan kerana kami sekeluarga tidak perlukan duit yang diragui dari mana ia datang.

"Kerajaan pun sudah beri duit pencen tiap-tiap bulan, itu pun sudah cukup, kami bersyukur. Cuma nak tanya (kerajaan negeri), patutkah beri kami duit ini? Kami mungkin tidak mampu tetapi kami tidak tergamak terima duit haram," katanya.

Sharifah Abdul Rahim, 70, pula memberitahu, dia sekeluarga sangat terkilan selepas mendengar pengakuan kerajaan negeri ada menerima wang dari Kelab Lumba Kuda untuk membantu orang miskin di Pulau Pinang.

"Saya ragu-ragu sama ada wang (RM100) yang terima ini juga datang daripada sumber judi, jadi saya rasa lebih baik pulangkan supaya hati lebih tenang. Insya-Allah, tanpa duit ini saya dan anak-anak masih boleh hidup," tambahnya.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin di Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru, dekat sini yang membuat tindakan sama semalam.


Lidah Rasmi UMNO?

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. klu ikut peratusan warga emas di pulau pinang... 70 + 40 warga emas yg pulangkan duit tu baru 110 org.. kat penang bape puluh ribu warga emas ada?? adakah warga emas org islam hanya seramai 110 sahaja di penang? hahaha sepatutnya surat khabar mesti buat liputan majoriti yg menerima duit sumbangan tersebut yg tidak memulangkan duit..yg secara tak langsung menolak saranan UMNO.. hanya ciput minoriti yg menerima sahaja menerima saranan umno..

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Modern Talking..

    Sebenarnya jumlah itu perlu ditambah lagi dengan 46..

    40 + 70 + 46 = 156 Orang semuanya.. ada tujuan berita itu disiarkan sebenarnya.. he.. he..

    ReplyDelete
  3. serah balik wang kpd kerajaan negri dan hantar surat minta dipotong nama list penerima tahun2 akan datang.bukan kpd majlis umno.jgn lebih kuah dari sudu.warga emas cuma dpt RM100. bagaimane dgn kakitangan awam kerajaan negri p.pinang termasuk 11ADUN umno nak pulangkan jugak ke ???

    ReplyDelete
  4. kakitangan awam mereka tak minta dipotongkan atau dikembalikan. Ni yang bagi balik tu perlu di listkan untok tidak bagi lagi ditahun hadapan kerana mereka tak mahu. biak pi kat di la...

    ReplyDelete
  5. itulah akibatnya jika tak tahu hukum tak tanya pada yang tahu....buat buat bodoh sombong....yang ada kepentingan politik ambil kesempatan.Lain kali kita refer alim ulama dan quran panduan umat islam ada....yg org politik dah kaya raya...kita apa ada

    ReplyDelete
  6. Kalau nak betul2 kira...minta maaf cakap, kerajaan sendiri mengutip cukai jualan dan import untuk perjudian dan arak...kemana hasil kutipan diagihkan...puratanya adalah gaji kakitangan awam. selama berdekad dari datuk nenek kita makan dari sumber yang sama. Pernahkah terpikir wang yang kekadang kita sedekah ke tabung masjid juga bersumber dari jalan yg tidak halal. Tidak ada pulak yang bising

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post