Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrim.
Sebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.
"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
"Ahli-ahli parti hendaklah memilih pemimpin berdasarkan kemampuan memainkan peranan dalam membawa agenda parti dan bukannya berdasarkan emosi orang lama atau orang baru," katanya yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang mampu memimpin semua ahli bukan terhad kepada sesuatu kaum atau kelompok tertentu sahaja tetapi semua ahli dalam PKR.
"Cabaran PKR adalah menyediakan pemimpin yang mampu memainkan peranannya sebagai pengikat dalam PR dan diterima oleh semua parti politik dan kaum dalam PR seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badrul Hisham juga menjelaskan, beliau tidak menyertai mana-mana kem sebaliknya lebih suka bersendirian dalam mendapatkan sokongan dari ahli.
"Bagi saya pemimpin naungan merupakan pemimpin yang lemah dan tidak berpendirian sedangkan dalam politik setiap pemimpin memerlukan idealisme dan proses kematangan yang berterusan.
‘Untuk membentuk kematangan tersebut memerlukan pengorbanan diri bukannya melalui politik naungan," jelas beliau.
Free Malaysia Today

senario politik malaysia cam tu lah...
ReplyDeleteotai tapi tak sedar diri orang keliling meluat...
dok belakang2 jadi tok dalang cukup laa...
bg plak orng2 baru yg fresh run the show...
sama je...
ingatkan ada kat geng2 gerombolan je...
kat pakatan pun ada gak sindrom ni...

Setuju dengan pandangan Che'gu Bard dan juga teratailiar! Seorang pemimpin dipilih bukan kerana ke'senior'an di dalam parti tetapi kebijaksanaan dan kewibawaan.
ReplyDeleteSejarah hang Nadim telah pun berulang! sikecil (muda dan baru) yang mempunyai akal menghadapi ikan todak telah mati dibunuh oleh raja atas hasutan pembesar (orang lama) istana! atas alasan budak muda itu akan merampas takhta raja dan kedudukan mereka sebagai pembesar akan terjejas!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!