Teori DOMINO : Gelombangnya kini telah bermula,,,

Teori domino heboh diperkatakan pada tahun 60 an dan 70 an dahulu tentang akan kemungkinan berlaku kejatuhan satu demi satu negara - negara di Asia Tenggara, berikutan jatuhnya Vietnam Selatan akibat pencerobohan Vietnam Utara yang akhirnya membentuk Vietnam raya, satu Vietnam sahaja. Selepas Vietnam Selatan mengikut teori ini akan berlaku pula kejatuhan negara - negara Kemboja, Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura ke tangan komunis.

Malangnya ianya tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan Teori itu.. Tetapi ianya boleh diguna pakai dalam hal suasana politik di Malaysia ini.

Akibat kesilapan seorang pemimpin dalam menyusunatur AJK-AJK lantikannya yang terdiri dari orang-orang yang tidak dikenali oleh hampir kesemua AJK yang telah menang dalam pemilihan, tanpa mengambil kira perasaan AJK-AJK yang telah menang dalam pemilihan baru-baru ini hingga menyebabkan sebahagian dari mereka kecewa dengan tindakkannya itu.Kecewa kerana kemenangan mereka itu dirasakan tidak dihormati..


Gelombang yang melanda bermula dengan seorang yang telah meletakkan kesemua jawatannya samada didalam parti atau kerajaan negeri, kemudiannya diikuti oleh seorang lagi yang turut meletakkan jawatannya juga melibatkan parti dan kerajaan negeri, kemudiannya muncul seorang lagi turut meletakkan jawatannya didalam parti.. dan dijangka akan ada lagi yang akan turut meletakkan jawatan..dan lagi.. dan lagi hingga kemungkinan mencecah angka 11 orang semuanya..

Apakah ada tangan yang mampu menghalang gelombang yang telah tercetus ini dari bertukar menjadi ombak ganas yang akan menumbangkan sebuah Parti yang kini berbangga dengan status tidak pernah kalahnya itu di kawasan itu?

Atau akan dibiarkan saja gelombang itu merebak dan berakhir begitu saja.. yang pasti jika tidak dihalang.. Kubu Kuat akan bertukar menjadi KUBUR!!!


TO BE A GOOD LEADER YOU SHOULD BE A GOOD LISTENER!


6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. apa yang kau nak cakap ni bahalul...

    ReplyDelete
  2. mhdeli..

    Tak fahamkah? memang hang sungguh bahlul.. belajar lagi..

    ReplyDelete
  3. teori ko ni utk siapa? kalau utk umno aku setuju,,,,,

    ReplyDelete
  4. ASD...

    biasa la bahalul yg hanya menurut cakap tanpa mengetahui perkara sebenar memang macam ni..mhdeli ini jenis spesis tak paham, tak belajar, tak soal selidik,ni dia contoh pengikut membabi buta tak tau nak nilai mana yg salah mana yg betul...lebih mudah kita kata bodo tak bertempat....

    ReplyDelete
  5. Dibimbangi teori domino ni tidak akan menjadi juga di malaysia ini SEBABNYA orang melayu mudah lupa! apabila UMNO ni goreng semula pasal hak melayu terancam, hak melayu kena cabul maka mereka semua akan berdoyong-doyong masuk semula dalam UMNO untuk bersama-sama menyokong sorakan keji pemimpin UMNO tu!! Lupa habis semua yang diaorang hadapi semua nie.

    semua nie dah pernah berlaku.. cucuk je bab keistimewaan orang melayu terancam, semua berubah!!

    ReplyDelete
  6. perkara yang hang cerita ni dah berulangkali berlaku dan masih berlaku..salah satu puncanya ialah puak-puak yang cakap pandai dan kuat kempen tapi tak reti buat kerja tiba-tiba diberi kemenangan,,bila dah menang,terkejut terkapa-kapa (mcm kena kejutan) .Memang tak retipun buat kerja sebab sebelum ni pakai modai ayaq lioq saja,,lebihkurang macam yang berlaku kat satu cabang baru-baru ni laa,,,faham-faham sendiri la,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post