Wang Ehsan : 1000 lagi dijangka akan turut pulangkan...

Menurut Ketua Pemuda Umno negeri Pulau Pinang Norman Zahalan, Seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang..

Faham betul-betul... DIJANGKA bukannya AKAN..


Gambar ketika warga emas memulangkan kembali RM100
di Bayan Baru tempohhari.

Seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.


Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Menurutnya, pengakuan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

"Kami menjangkakan lebih kurang 1,000 warga emas lagi akan memulangkan wang ehsan tersebut kepada Umno Bahagian masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Pemuda Barisan Nasional negeri yang dipengerusikan Ketua Pemuda Gerakan, Oh Tong Keong di Georgetown hari ini.


Makcik ini kelihatan seperti tidak faham dengan apa tujuan majlis..


Warga emas Bayan Baru yang kesedihan kerana terpaksa memulangkan
RM100.. kah.. kah.. kah..
Beliau berkata Umno tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ehsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

"Kami tidak memaksa mereka tetapi mereka tidak sanggup guna wang sumbangan yang berasal dari sumber haram," katanya yang menjawab dakwaan kerajaan negeri bahawa warga emas itu dipaksa untuk mengembalikan wang ehsan mereka.

Norman berkata pemuda Umno negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim seharusnya meletak jawatannya kerana gagal memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.

"Sebagai Exco Agama yang beragama Islam, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau tidak layak memegang jawatan itu," katanya.

Media baru-baru ini, melaporkan Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga
emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.


Bernama

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yang tukang kutip kepala putih tu macam tak berapa nak percaya je....masuk poket kot....berniaga pakai air liuk...Kah...Kah...

    ReplyDelete
  2. Norman pun cakap tak serupa bikin jugak....Masa pemilihan Ketua Pemuda Bahagian pun menang dengan tipu muslihat....Semua ahli UMNO mcm HARAM JADAHHHHH

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post