Zulkifli BOHONG!

"Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13."

Nasib hang la.. YB Zul.. kalau betul sekalipun orang tak percaya dah cerita hang tu..


DAP, PKR dakwa Zulkifli Noordin berbohong, bawa cerita dongeng

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pemimpin PKR dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar PKR awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Naib Presiden PKR Azmin Ali.


Sehubungan itu Ahli Parlimen Gombak ini memberitahu, KR akan terus bersama rakan-rakannya dalam PR yang dibentuk dua tahun lalu.

“Kami bukan macam BN,” kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai “anjing yang menyalak.”

Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi BN terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, PKR dan PAS.

“Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus,” kata Azmin lagi.

Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

“Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat “pendedahan” itu.

“Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan),” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

“Apa yang dia katakan itu cetita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara “normal” memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang.

“Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN).

“Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini,” kata Fuziah lagi.

“Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu,” kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya PKR di Batu Sapi sekarang.

Malah Fuziah menegaskan, PKR sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS.

“Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, PKR, kami bersatu,” kata beliau sambil menambah, “mengapa kami perlu buat macam ini?”

“Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.


The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jika PKR menang besar dlm PRU 13 nanti kuasa autonomi akan diberikan kepada DAP di Pulau Pinang itu dakwaan YB ZUL (BEBAS) Sebagai anak jati Pulau Pinang saya tegaskan lebih baik DAP memerintah dari GERAKAN/BN atau UMNO /BN. Walaupun DAP dileberkan sebagai parti cina tapi mereka ini lebih baik dari parti UMNO yang dileber parti melayu.YB.Zul jangan dok buat lawaklah... kawasan hang pun tak terjaga (kulim bandar baru) dok goreng apanya.Hang dah tak laku ... PRU 13 hang tray bertanding atas tiket BEBAS kat Kulim Bandar Baru juga kita tengok boleh menang ke tak.

    ReplyDelete
  2. Anonymous 8.27pm

    Sofat hang macam Melayu yang tinggal di Singapura 1963...mereka sanggup PAP sebagai parti memerintah...hari apa dah jadi Melayu...dahulu majoriti...hari ini minoriti...baru hang reti

    ReplyDelete
  3. mangkuk kulim nie nak kalih isu yg dia tu tak dak teloq pasai isu fashion IFF dan hub hiburan malam......

    mana ada dia komen apa-apa.....jadi tikuih keturi saja......belah malam baru keluaq....tak dak makan dok gigit kaki orang.....lepaih tu lari merinin rata rumah.....lama-lama sekali keluaq cari makan.......


    kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Betul kata anonymous 11.09pm.
    Melayu Malaysia masih tak sedar akan matlamat rahsia DAP. DAP adalah parti serpihan PAP. Kami Melayu Singapura dah melaluinya. Semasa Singapura keluar dari Malaysia, Lee Kuan Yew menjalankan polisi menjadikan rakyat Cina sebagai majoriti di pulau itu. Ambil ramai profesional dari Hong Kong, Taiwan dan China dan tawarkan terus kerakyatan. Akhirnya Melayu jadi minoriti.

    Kenapa la Melayu Malaysia masih tak sedar dan belajar dari pengalaman kami. Biar la PAS atau UMNO menerajui negara. Asalkan Melayu-Islam.


    Semoga Allah melindungi Melayu-Islam di sana.

    Tampiness.

    ReplyDelete
  5. perbetul anonymous November 30, 2010 9:53 AM,

    Singapura tak keluar sendiri dari Malaysia, tapi UMNO yang terajang keluar tanpa mendapatkan sebarang referendum dari rakyat. Hanya kerana Tunku tak mampu nak handle Lee Kuan Yew, maka dikeluarkan Singapura dari Malaysia. Tanpa memikirkan nasib Melayu di sana. Salahkan UMNO atas apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura bukannya orang lain.

    Dan satu lagi, memang Melayu di sana dah jadi minoriti, tapi mereka nampaknya lebih kental dan progresif berbanding Melayu di sini. Cuma hal-ehwal Islamnya sahaja yang agak tergugat. Ramai yang dah tinggalkan Islam.

    Tapi di sini pun apa kurangnya. Ada orang mengaku Ketua Islam di negerinya, tapi perangainya kurang sikit aje dari Zine el abidine di tunisia..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak bodek pun biar le bermaruah.Tak puas lagi nak pegi makan angin ke???????

    ReplyDelete
  7. buang la janggut tu,nak ikut sunnah nabi perangai macam setan. pru13 nanti tau nasib hang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post