24 Cabang minta tangguh segera pemilihan.

Ni apa cerita pulak ni.. 24 Cabang minta tangguhkan Pemilihan.. Saifuddin kata semalam dapat sokongan kuat akar umbi..

Semalam.. ketika Saifuddin menegaskan bahawa PKR akan tetap meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata “Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,”

Dan menurut Mustaffa Kamil Saifuddin tidak wajar berkata demikian, Ini kerana Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah masih meneliti memorandum yang diserahkan..

Sekarang apa cerita pulak Saifuddin? Cabang-cabang ni bukan mewakili akar umbi kah?


24 Cabang Minta PKR tangguhkan Pemilihan.
Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Susulan tindakan dua calon mempertikaikan kesahihan, sebanyak 24 cabang menggesa kepimpinan PKR agar menangguhkan segera proses pemilihan pusat sementara menyiasat segala aduan wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam proses pengundian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kesemua cabang berkenaan yang menggelar Gabungan Cabang PKR meminta agar sistem dan proses pemilihan pimpinan pusat dipastikan bersih, bebas dan adil.

“Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli jawatankuasa pemilihan pusat dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.


“Fenomena tersebut telah dikesan berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil Ayub (calon timbalan presiden) dan juga ahli yang lain kepada jawatankuasa pemilihan pusat dan juga kepada sekretariat parti,” kata beliau.

Oleh itu kata surat tersebut, “amat wajar sekali pucuk pimpinan parti dengan segera mengarahkan siasatan terhadap aduan dan sementara menantikan hasil siasatan dan tindakan susulan, maka proses pemilihan yang sedang dilakukan sekarang ini harus segera ditangguhkan.”

“Kami sebagai pimpinan akar umbi PKR tidak dapat menerima hakikat wujudnya walaupun satu penipuan atau penyelewengan dalam proses pemilihan pimpinan parti, yang akan diberi amanah memimpin parti dan rakyat seluruhnya di masa akan datang,” kata surat tersebut.

Kata surat tersebut, isu manipulasi dan penyelewengan pengurusan pemilihan pimpinan tertinggi PKR yang diadukan kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam oleh Mustaffa harus diambil berat oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kewibawaan parti terus terpelihara.

“Siasatan segera harus dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan pusat bagi menjawab aduan yang disampaikan oleh Mustaffa dan juga oleh beberapa pihak yang lain sebelum ini,” katanya.

Cabang-cabang yang membuat gesaan terbaru ini ialah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dalam pada itu, Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar berkata, “sokongan yang kita dapat ini adalah daripada cabang-cabang yang sempat kita jumpa.”

“Kalau hendak diikutkan lebih 80 cabang yang setuju dengan penangguhan,” kata beliau sambil menambah, ini bukan mewakili mana-mana calon, tapi terbuka kepada mana-mana cabang yang hendak menuntut tindakan ibu pejabat.

“Selepas Mustaffa dah bagi tempoh 48 jam, jadi kita mintalah pucuk pimpinan bertindak. Kalau perlu tangguh, tangguhlah.

“Kita hendak minta pihak ibu pejabat bertindak, sebab di bawah kita dengar macam-macam, tapi macam tiada respons,” katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. This is a saving grace OR somekind of backdoor for the all sides involved to press the 'reset button'. PKR leadership should heed the calls of these 24 branches before there's no turning. Otherwise, PKR will sink & disintergrate further.

    I believed, voters & PKR members will forgive all that happened & said these past weeks - we just want the leadership to unite, to forget about personal glory, to work with one another for the sake of the country & ordinary people.

    Election using ink, staff by professionals & tabulate on-spot at end of voting in presence of public.

    ReplyDelete
  2. Macam episod2 kes Anwar aje...tangguh..tangguh...maklum le parti PKR dia punya...tak payah tangguh le bubar aje lagi senang...buat 'Pening Kepala Rakyat' dan 'Pasti Kau Rebah'

    Selamat Rebah
    Selamat Lingkup
    Selamat Kuburkan
    Selamat tamatkan riwayat PKR

    Ulang 10x10 pasti berjaya

    Aku sebenarnya terlalu kecewa dengan PKR...bye2 aje pada PKR

    ReplyDelete
  3. Mustafa Kamil harus sedor le diri kome tu.......bertanding kat cabang pun kalah

    ReplyDelete
  4. zaid ibrahim pun takde cermin muka ke kat rumah....takkan baru setahun dalam PKR dah nak bertanding Tim. Presiden PKR....ape dia ingat PIBG ke?...kalau orang dah SS susah lah

    ReplyDelete
  5. Aku pun kecewa dengan PKR tapi tak ada lah pulak nak kecewa sampai nak tinggalkan perjuangan Pakatan Rakyat. Pada aku PKR dan apa saja parti boleh datang, pergi, datang. Kalau PKR lingkup sekalipun tetap akan ada gantinya dan tetap akan ada perjuangan menentang setan2 UMNO dan BN. Biarlah apa nak jadi dengan PKR ni pada aku macam durian buang busuknya yang cukup banyak tu.

    ReplyDelete
  6. Din,

    akupun hanyaPKR sajalah yg akan dpt mengjahanamkan Perasuah2 bangsa yg bedal duit rakyat,sampaibila kita dipulaskan umnoapco,mana ada parti lain yg sebaik PKR utk menjahanamkan perkara diatas,nanti kalau negara dah jadi Greece baru nak mula,aaaapersaitan pada manusia yg pemikiran nya pendek perut,mcm Anons diatastu....toloqqqq

    ReplyDelete
  7. anon 1:08

    terima kasih dengan sikap yang anda tunjukkan. inikqah erti sebuah perjuangan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post