Adakah benar berita ini? Atau sekadar berita yang disiarkan bagi memburuk-burukkan PKR, berita yang disiarkan oleh Media UMNO ini mengatakan bahawa 1300 Ahli PKR dari Cabang Hulu Selangor telah bertindak keluar PKR kerana tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.
Tapi kalau benarpun apa yang nak dihairankan sangat.. mereka lebih baik keluar kerana mereka itu mungkin ‘Trojan Horse’ yang dihantar oleh UMNO kedalam PKR untuk merosakkan PKR dari dalam..
PKR akan bertambah kuat dengan keluarnya mereka yang kurang setia kepada Pemimpin Parti..
Lagipun kalau benar berita ini.. PKR kan ada 400,00 ahli jika ditolak dengan 1,300 yang keluar tu masih ada lagi 398,700 ahli.. tak berganjak pun dari angka enam digit tu..
1300 Ahli PKR Cabang Hulu Selangor keluar Parti
Tapi kalau benarpun apa yang nak dihairankan sangat.. mereka lebih baik keluar kerana mereka itu mungkin ‘Trojan Horse’ yang dihantar oleh UMNO kedalam PKR untuk merosakkan PKR dari dalam..
PKR akan bertambah kuat dengan keluarnya mereka yang kurang setia kepada Pemimpin Parti..
Lagipun kalau benar berita ini.. PKR kan ada 400,00 ahli jika ditolak dengan 1,300 yang keluar tu masih ada lagi 398,700 ahli.. tak berganjak pun dari angka enam digit tu..
1300 Ahli PKR Cabang Hulu Selangor keluar Parti

SUASANA di dalam dewan lengang dirakamkan oleh jurugambar Utusan Malaysia ketika majlis perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR sempena Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Petaling Jaya, semalam.
HULU SELANGOR 26 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.
Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.
"Kami dibodoh-bodohkan, dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang, jangan anggap kita tiada suara dan hanya mempunyai seorang dua pengikut sahaja.
"Ramai ahli PKR Cabang Hulu Selangor sebenarnya sudah muak, mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilih pada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zahar menganggap PKR adalah sebuah parti yang kalut dan sudah tidak relevan kerana ia mula dikuasai dinasti keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isterinya, Wan Azizah Ismail menjadi Presiden manakala anak sulungnya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden paling kanan.
Katanya, pengaruh Anwar sendiri semakin menyusut kerana kegagalannya menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di peringkat cabang.
"Begitu juga dengan kerajaan negeri PKR di Selangor, hanya nampak elok pada tiga ke empat bulan pertama sahaja, kemudiannya mula menjadi kacau-bilau," katanya.
Mengenai perancangan beliau dan pengikutnya selepas ini, Zahar berkata, mereka akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) awal tahun depan untuk meneruskan agenda membantu rakyat Hulu Selangor.
Beliau tidak menolak kemungkinan NGO berkenaan akan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli bersekutu jika itu mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat setempat.
"PKR akan bertambah kuat dengan keluarnya mereka yang kurang setia kepada Pemimpin Parti (bukan kepada Parti.. faham betul-betul..).."
ReplyDeleteulasan yg cuba merendah2kan pemikiran pembaca
Jangan ditangisi yang pergi. Daripada 400,000 (kata demer) ahli PKR tu, 200,000 kuda trojan kua kua kua. Small is beautiful.
ReplyDeleteYa , PKR ada kekuatannya sebab itu 51% pengundi semananjung mengundi Pakatan di pilihanraya lalu. Selangor Majoritu PKR.
ReplyDeleteBetul ke ada 400,000 ahli parti PKR!!! yang keluar pemilihan baru2 ni tak sampai 0.5% aje...ingat yang 99.5% semua ada hal2 yang lebih utama...ini alasannya mereka setelah disiasat seperti berikut:-
ReplyDeleteAlasan2 ahli2 PKR yang dah berumahtangga.
1) Bini sakit perut..kena jaga anak
2) Tertidur & letih sebab tengok final Piala Malaysia
3) Letih sebab bersama bini sebab bini terminum teh kacip fatimah
4) Tension sebab kalah judi bola
5) Kunci kereta hilang, terlupa letak dimana
6) Tak boleh tinggal bini,sebab baru kahwin
7) Turn balik rumah bini muda (no2)
8) Bapak Mertua panggil balik kg, kenduri arwah
9) Suami tak lepas sebab baru lepas bulan (period)
10) Bini pening2 baru lekat (hamil-2~3 bulan)kena jaga anak
11) Tayar kereta botak
12) Kereta tiba2 tak leh start
13) Anak demam, bini pun demam
14) Hantar mak&ayah pi Mekah
.
.
....banyak sangat daaa...nak tulis alasan...tak larat le pula
Alasan Ahli Bujang
1) letih pi stadium tengok final Piala Malaysia
2) Jatuh motor,cedera
3) Baju perwakilan basuh tak sempat kering
4) Kasut orang curi
5) Terlena tak sedar
6) Lupa tarikh pemilihan
7) Teman mak pi pasar
8) Ada saudara datang rumah
9) Tokwan nak kahwin bini muda
10)Hantar tokwan pi Mekah
11) Bapak awek jemput pi rumah
.
.
....berapa banyak nak tulis alasan daaa.....tak larat le pula..fikir le sendiri alasan yang patut2
1001 alasan ahli2 PKR berikan..Sebenarnya depa ni dah sedaq..siapa PKR-Parti Kencing Rakyat-
benar atau tidak bloggerlah kena cari kebenarannnya.. jangan dok ambik dari blog orang lain atau paper orang je..kami sebagai peminat nak tahu kebenaran bukan nak tambah persoalan.. saya sudah hilang selera dengan blogger ini..
ReplyDeleteBuat Anon 1:24
ReplyDeleteNak tahu benar atau tidak.. tunggu esok atau lusa..
Hilang selera? tak apa.. aku menulispun bukannya dapat duit..
anon11:14
ReplyDeleteAwak punya alasan mcm tong taik najis busu,ternyata otak otai kaki kipas,ahli dah tak main cerita busuk alasan zaman pop jeje busuk punya perut lu.....ahli yg bodoh dunggu mcm ahli beerend saya yg boleh u tipu..
perjuang apa..ASD.. cepatnya merajuk keh, keh, keh
ReplyDeleteBesar kemungkinan mereka semua sudah dapat habuan. Pelajar-pelajar dari Kelantan di kampus UiTM kini diberi nasi bungkus & RM50 untuk minta mereka mengundi BN & dijanjikan wang lagi apabila kembali ke Kelantan, terutama mereka di Tanah Merah.
ReplyDeleteBetul-betul 'double standard'! Kata pelajar tak boleh dilibat dalam politik!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!