Akhirnya Dr. Asri Akur....

Beberapa hari yang lau, Dr Asri telah mengeluarkan satu pandangan menasihatkan beberapa orang Ahli Politik veteran supaya bersara dari dunia politik dan membuka laluan kepada muka-muka baru.

Malangnya beliau menyebut nama Anwar Ibrahim, bila disentuh sahaja nama Anwar Ibrahim maka berpencaklah panglima panglima PKR yang teramat setia kepada Anwar menyerang kembali Dr. Asri.

Mungkin kerana serangan dari panglima-panglima PKR itu terlalu hebat dan penuh dengan hujah-hujah yang amat bernas.. maka akhirnya Dr. Asri tewas.. beliau akhirnya insaf dan sedar bahawa beliau tidak sepatutnya memberikan nasihat kepada PR terutama sekali PKR kerana PKR/PR memang sudah kuat dan dalam keadaan selesa untuk ke Putrajaya..

Berikut adalah petikan dari kata-kata beliau yang dipetik dari facebook nya..

"akhirnya saya akur bahawa PR dan PKR berada dalam keadaan yang kuat dan selesa..akan menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang..tidak perlu apa-apa perubahan kepimpinan dalam PKR..hanya mungkin menunggu waktu untuk menjadi pemerintah..tersilap memberi pandangan kepada PR dan PKR..sepatutnya saya hanya memberi pendap...at kepada ...BN -dah berulang kali saya lakukan..SELAMAT KE PUTRAJAYA.."

ha..ha..ha.. dia perli la tu..

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. itu namanya dr asri tegur tak ikhlas , dalam hati ada juga nk balas balik, lagi seronok baca posting MSO yg terbaru

    ReplyDelete
  2. memang pun dia perli,merajuk la tu,,tapi tak payah nanti yang fanatik dengan Anwar untuk mempertikaikan teguran si Asri ni,,dengan orang pandai suruh berlapang dada,,tapi bila diri sendiri dah kena tegur,merajuk pula mcm budak-budak,,macam mana nak masuk politik,,lainlah kalau bicara agama,hang memang cekap pun,,pakar hadislah katakan,,,

    ReplyDelete
  3. Sudah la... bagi tau sama bekas mufti ni pergi tengok cermin dulu.
    Ingat dia ada Phd dia orang pandai... melayu melayu... poraaah!!!

    ReplyDelete
  4. ha ha ha.. mmg dia merajuk.. masih ingat lagi statement dia semasa kes mahkamah berkenaan ceramah tanpa tauliah.. dia ada sebut beberapa pemimpin negara yg telefon dia tanya khabar.. then dia juga ada sebut seorang pemimpin pembangkang yg masih belum telefon beliau.. iaitu ds anwar ibrahim.. merajuk la tu kot =)

    ReplyDelete
  5. "BUAH YANG CEPAT MASAK, AKAN CEPAT BUSUKNYA"

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post